Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas dijangka diniagakan antara AS$4,300 hingga AS$4,500 minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan antara AS$4,300 hingga AS$4,500 minggu depan

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang besar antara AS$4,300 hingga AS$4,500 minggu depan di tengah-tengah ketidakpastian pasaran susulan ketegangan di Asia Barat yang berterusan. 

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur sedang memerhati senario bermula daripada gencatan senjata hingga potensi berlakunya gangguan kepada eksport minyak Iran kepada peningkatan operasi ketenteraan Amerika Syarikat.

Innes berkata ketegangan yang semakin reda berkemungkinan akan menurunkan harga minyak, yang seterusnya boleh mengurangkan hasil dan tekanan ke atas emas serta memulihkan daya tarikannya sebagai penyimpan nilai. 

“Secara ringkasnya, emas bukan sahaja bertindak balas terhadap risiko geopolitik sekarang.

“Ia juga bertindak balas terhadap bagaimana harga minyak mempengaruhi kadar faedah,” katanya kepada Bernama. 

Sepanjang minggu lalu, niaga hadapan emas kebanyakannya susut apabila konflik Asia Barat reda, menjadikan logam aset selamat itu lebih menarik selepas jualan paksa baru-baru ini, dan di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai ketegangan yang semakin meningkat. 

Pada asas mingguan, Mac 2026 berkurang kepada AS$4,439.80 setiap auns troy pada Jumaat berbanding AS$4,720.10 setiap auns troy minggu lepas. 

April 2026 susut kepada AS$4,459.80 setiap auns troy daripada AS$4,740.20 setiap auns troy sebelumnya, dan Mei 2026 merosot kepada AS$4,479.80 setiap auns troy daripada AS$4,760.40 setiap auns troy. 

Kontrak Jun dan Ogos 2026 turut ditutup lebih rendah pada AS$4,513.70 setiap auns troy berbanding AS$4,794.30 setiap auns troy pada minggu sebelumnya. 

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 60 lot daripada 93 lot seminggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 87 kontrak daripada 88 kontrak. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada AS$4,456.45 setiap auns troy oleh London Bullion Market Association pada 26 Mac 2026.  – Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah dijangka meningkat minggu depan susulan permintaan lebih kukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.