Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas dijangka dalam jajaran kecil minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan emas dijangka dalam jajaran kecil minggu depan

Utusan Sarawak 8 hours ago

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka dalam jajaran kecil minggu depan dipengaruhi oleh perkembangan semasa di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata kenaikan dalam ekuiti AS mengehadkan momentum menaiknya manakala jangkaan penurunan kadar Rizab Persekutuan (Fed) AS diunjurkan memberi kesan negatif.

Bagaimanapun, beliau berkata faktor peralihan sebenar terletak pada dolar AS kerana ia kekal lemah, mungkin mencerminkan kurang pendedahan global kepada kenaikan semula ekuiti AS walaupun Wall Street mencatakan kenaikan.

“Jika aliran masuk asing mula memasuki syarikat teknologi terkemuka AS dan dolar AS berkedudukan seiring dengan pasaran ekuiti, emas boleh menghadapi tekanan penurunan.

“Walaupun unjuran emas jangka pendek kelihatan dalam jajaran kecil, landskapnya tidak berubah dan berkemungkinan berlaku kenaikan jika kedudukan makro berubah dengan ketara,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau berkata niaga hadapan emas akan didagangkan dalam jajaran kecil antara AS$3,260 dan AS$3,340 setiap troy auns minggu depan.

Pasaran ditutup pada 27Jun, 2025, sempena cuti Awal Muharram.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Jun 2025 susut kepada AS$3,340.80 setiap auns troy pada Khamis daripada AS$3,3,60 setiap auns troy Jumaat lepas, manakala kontrak Julai 2025 turun kepada AS$3,355.10 setiap auns troy daripada AS$3,366.50 setiap auns troy sebelum itu.

Kontral Ogos 2025, September 2025 dan Oktober 2025 masing-masing merosot kepada AS$3,370.80 setiap auns troy daripada AS$3,388.60 setiap auns troy Jumaat lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 173 lot daripada 321 lot dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka naik kepada 36 kontrak daripada 31 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 26 Jun, 2025, harga emas fizikal berada pada AS$3,318.70 setiap auns troy.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan
Next: Bursa Malaysia diunjur diniagakan berhati-hati minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.