Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • NGO serah memorandum kepada SPR
  • NASIONAL

NGO serah memorandum kepada SPR

Utusan Sarawak 4 years ago

PUTRAJAYA, 29 Mac -- Ketua Unit Komunikasi Korporat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohammad Azlan Charles Abdullah (kanan) menerima memorandum daripada Pengerusi Keilmuwan Nasional Zambri Mohd Isa (kiri) yang menggesa supaya pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun disegerakan di pekarangan ibu pejabat SPR hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

TERIMA MEMORANDUM… Ketua Unit Komunikasi Korporat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohammad Azlan Charles Abdullah (kanan) menerima memorandum daripada Pengerusi Keilmuwan Nasional Zambri Mohd Isa (kiri) yang menggesa supaya pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun disegerakan di pekarangan ibu pejabat SPR, semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Pertubuhan Keilmuan Nasional dan Gerakan Belia 4B semalam menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggesa supaya pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun disegerakan.

Pemangku Presiden Gerakan Belia 4B Fahami Ashrof Badaruddin ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu di ibu pejabat SPR di sini mengajukan persoalanan adakah kerajaan masih serius dengan Undi 18, sedangkan Parlimen sudah meluluskan Undi 18 pada 2019 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan lagi.

Pengerusi Keilmuwan Nasional Zambri Mohd Isa pula berkata, pelaksanaan Undi 18 itu tidak harus ditangguhkan, supaya hak kira-kira 1.2 pengundi belia tidak dinafikan.

“SPR perlu berpegang kepada prinsipnya iaitu memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi melalui pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya.

SPR dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18, dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022, dan keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dan parti politik yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

— Bernama

Continue Reading

Previous: Dahului perasmian Perhimpunan Agung 2020 -Acara naik bendera
Next: TransKoM transformasi kepada gerakan koperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.