Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngiling Tikai terus perkukuh perpaduan dan warisan masyarakat Iban
  • Tengah
  • WILAYAH

Ngiling Tikai terus perkukuh perpaduan dan warisan masyarakat Iban

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing dan Tuai Rumah Kichu Ajan (tiga kiri) melakukan upacara Ngiling Tikai bersama SIDS Cawangan Meradong. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Upacara Ngiling Tikai bukan sekadar menandakan berakhirnya sambutan Hari Gawai, malah terus menjadi medium penting dalam memperkukuhkan perpaduan dan memelihara warisan budaya masyarakat Iban untuk diwarisi generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, perayaan Hari Gawai melambangkan rasa syukur atas rezeki dan hasil tuaian, selain mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

“Ngiling Tikai merupakan satu upacara yang amat dekat dengan masyarakat Iban kerana ia melambangkan berakhirnya musim Gawai serta menjadi tanda kesyukuran atas berkat dan rezeki yang diterima sepanjang tahun.

“Ia bukan sekadar satu upacara, tetapi merupakan warisan yang menyatukan masyarakat dan memperkukuhkan semangat kekitaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam Ngiling Tikai Peringkat Daerah Meradong anjuran Serakup Indu Dayak (SIDS) Cawangan Meradong, baru-baru ini.

Katanya, dalam era pembangunan dan perubahan yang pesat, usaha memelihara adat resam serta budaya masyarakat perlu terus diperkasakan agar identiti yang diwarisi tidak luput ditelan zaman.

“Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, kerjasama, toleransi dan perpaduan yang diterapkan menerusi amalan budaya perlu terus dipupuk dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda,” katanya 

Koung Hiing turut merakamkan penghargaan kepada SIDS Cawangan Meradong atas komitmen berterusan dalam memperkasakan wanita, memelihara warisan budaya dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Tambahnya, penglibatan aktif kaum wanita dalam pelbagai bidang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan komuniti dan menjadi pemangkin kepada kemajuan masyarakat setempat.

Beliau juga berharap generasi muda akan terus menghargai, mempelajari dan mewarisi adat serta budaya masyarakat Iban agar khazanah warisan yang tidak ternilai itu terus dipelihara untuk generasi akan datang.

Turut hadir ialah Tuai Rumah Kichu Ajan selaku wakil kepada Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Belia Krian diseru perkasa kemahiran, jati diri demi masa depan komuniti
Next: Pagar konkrit rumah runtuh di Lorong Seladah 3, Kong akan hubungi pemaju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.