Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ‘Ngiling Tikai’ simbol penghormatan adat, budaya Sarawak
  • WILAYAH

‘Ngiling Tikai’ simbol penghormatan adat, budaya Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
NGILING TIKAI….Harden dan Doris hadir pada Majlis Gawai Ngiling Tikai 2025 anjuran Majlis Daerah Sri Aman dekat sini malam tadi. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Penganjuran Majlis ‘Ngiling Tikai’ bersempena perayaan Gawai Dayak bukan sahaja menjadi simbol penghormatan kepada adat dan budaya masyarakat Dayak, tetapi juga mencerminkan kekuatan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Daerah Sri Aman.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata ia memandangkan kehadiran tetamu yang hadir pada majlis ini adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik dan agama.

“Majlis yang penuh warna-warni ini telah berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dalam suasana yang harmoni dan meriah. 

“Tradisi ‘Ngiling Tikai’ yang menandakan penutupan rasmi perayaan Gawai, dilihat sebagai wadah penting dalam menyatukan komuniti serta mengukuhkan semangat muhibah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Gawai Ngiling Tikai 2025 anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, malam tadi.

NGILING TIKAI….Harden dan Doris hadir pada Majlis Gawai Ngiling Tikai 2025 anjuran Majlis Daerah Sri Aman dekat sini malam tadi. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

Doris dalam pada itu turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada 32 orang Ahli Majlis MDSA yang telah dilantik pada April lalu bagi sesi perkhidmatan 2025-2028. 

“Sebagai Ahli Parlimen Sri Aman, saya berharap dapat terus bekerjasama dengan pihak MDSA dalam usaha membangunkan kawasan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh barisan kakitangan MDSA atas komitmen dan dedikasi yang tinggi. 

“Tugas anda bukan mudah, tetapi sangat besar ertinya kepada kemajuan dan keselesaan hidup masyarakat. Teruskanlah khidmat dengan penuh keikhlasan dan sikap mesra rakyat, demi menjayakan hasrat kita bersama untuk melihat ‘Sri Aman terus Mansang Maju’, tambah beliau.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Lubok Antu hadir dialog projek pembinaan Jalan Sebeliau-Bilalarap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.