Ngiling Tikai BBP Bintangor, Sarikei semarak perpaduan warga bomba

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
KETUA BBP Bintangor, Mahmudin Narudin (tengah) dan Ketua BBP Sarikei, Vincent Baling (dua kanan) bersama anggota bomba melakukan simbolik Ngiling Tikai. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Konsep rumah panjang yang diketengahkan menerusi majlis Ngiling Tikai dan Lambaian Kasih Sanjungan Budi berjaya menyemarakkan semangat perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dan BBP Sarikei serta ahli keluarga mereka.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, penganjuran majlis itu bukan sahaja menjadi wadah meraikan sambutan Gawai Dayak, malah sebagai tanda penghargaan kepada warga bomba yang telah menabur khidmat bakti kepada jabatan.

“Majlis ini bukan sekadar mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga bomba dan keluarga, malah menjadi medan menghargai jasa dan pengorbanan anggota bomba yang berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, semangat kekeluargaan yang terjalin menerusi majlis itu akan terus memperkukuh kerjasama serta meningkatkan motivasi warga jabatan dalam melaksanakan tugas kepada masyarakat.

Katanya lagi, majlis tersebut turut diserikan dengan pelbagai pengisian yang mencerminkan keunikan budaya masyarakat Iban, antaranya persembahan tarian ngajat oleh anggota bomba, persembahan khas warga bomba, penyampaian cenderamata kepada Pegawai Bomba Bantuan (PBB), Aniq Rasydan yang menamatkan perkhidmatan serta cabutan bertuah.

Menurutnya, penyampaian cenderamata kepada Aniq Rasydan merupakan tanda penghargaan jabatan atas sumbangan dan komitmen beliau sepanjang berkhidmat.

“Semangat kebersamaan yang dipupuk melalui majlis ini akan terus dikekalkan bagi memperkukuh hubungan antara warga jabatan, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir Ketua BBP Sarikei, Vincent Baling.

Kebakaran sampah berjaya dipadamkan bomba

SARIKEI: Respons pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghalang kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Simpang Sare

Kebakaran sampah berjaya dipadamkan bomba

SARIKEI: Respons pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghalang kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Simpang Sare