Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngiling Bidai perkukuh perpaduan, warisan budaya masyarakat Iban
  • Tengah
  • WILAYAH

Ngiling Bidai perkukuh perpaduan, warisan budaya masyarakat Iban

Utusan Sarawak 12 hours ago
PERKUKUH PERPADUAN….Chieng merakam kenangan pada Program Makan Tengah Hari Ngiling Bidai Gawai Dayak 2026 kawasan Sentosa, Bukit Penyau dan Nanga Salim anjuran Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek, di Sibu semalam.

SIBU: Sambutan Ngiling Bidai bukan sekadar tradisi masyarakat Iban selepas musim Gawai, malah menjadi lambang perpaduan, kerjasama dan penghargaan terhadap warisan budaya yang perlu terus dipelihara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, adat dan budaya merupakan asas kekuatan komuniti, khususnya dalam mengekalkan hubungan erat sesama masyarakat.

Menurutnya, program Makan Tengah Hari Ngiling Bidai yang menghimpunkan penduduk dari Nagai Salim, Bukit Penyau dan kawasan Sentosa membuktikan semangat perpaduan serta kerjasama yang masih kukuh dalam kalangan masyarakat.

“Saya amat gembira kerana kita dapat berkumpul dalam suasana penuh kemesraan dan perpaduan. Inilah semangat yang perlu terus kita kekalkan iaitu saling membantu, saling menghormati dan bekerjasama demi kemajuan komuniti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Makan Tengah Hari Ngiling Bidai Gawai Dayak 2026 kawasan Sentosa, Bukit Penyau dan Nanga Salim anjuran Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek, di sini semalam.

Chieng memberitahu, sejak diberi amanah sebagai wakil rakyat DUN Bukit Assek, pembangunan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Katanya, rumah-rumah panjang di kawasan Bukit Assek tidak pernah dipinggirkan daripada arus pembangunan dan pelbagai projek telah dilaksanakan menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) mengikut keperluan serta keutamaan rakyat.

“Bagi saya, tanggungjawab seorang wakil rakyat bukan hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal, tetapi juga memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Semua rakyat adalah tanggungjawab saya dan saya akan terus membawa suara rakyat serta memperjuangkan keperluan masyarakat di kawasan ini,” ujarnya lagi.

Beliau turut menggesa masyarakat supaya terus mengekalkan perpaduan dan bekerjasama demi memastikan pembangunan serta kesejahteraan komuniti dapat diteruskan pada masa hadapan.

“Kestabilan politik yang kukuh amat penting bagi memastikan pembangunan dapat diteruskan, kemudahan asas dipertingkatkan serta kebajikan rakyat terus diberi perhatian,” ujarnya lagi.

Menurutnya, parti politik tempatan lebih memahami keperluan dan aspirasi rakyat Sarawak, sekali gus mampu memperjuangkan kepentingan negeri dengan lebih berkesan.

“Saya berharap generasi muda akan terus diberi peluang yang lebih baik melalui pelbagai inisiatif pembangunan dan pendidikan demi masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Chieng merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut dan berharap sambutan Ngiling Bidai akan terus menjadi platform mengukuhkan perpaduan serta keharmonian masyarakat.

“Semoga sambutan Ngiling Bidai pada hari ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan kepada kita semua. Gayu Guru, Gerai Nyamai,” katanya lagi.

Turut hadir ialah Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Bukit Assek, Dato Chieng Buong Toon, Temenggong Stanley Geramong, Pemanca Paing Tawi, Pengerusi Peminat Adat Main Asal Salim dan Bukit Penyau, Monica Jelira, Pengerusi Pengelola, Ivana Douglas serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pasukan Kampung Sinampuan muncul Raja Lumba Perahu Naga edisi kedua Lawas
Next: Warga emas terus jadi sumber inspirasi generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.