Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngiling Bidai Bawang Assan serlah perpaduan, warisan budaya Iban
  • Tengah
  • WILAYAH

Ngiling Bidai Bawang Assan serlah perpaduan, warisan budaya Iban

Utusan Sarawak 17 hours ago
RAIKAN BERSAMA… Joshua Ting bersama penduduk Rumah Abell di Bawang Assan semasa Sambutan Ngiling Bidai di Sibu.
 

SIBU: Sambutan Ngiling Bidai di Rumah Abell Mang, Bawang Assan di sini pada Sabtu lepas bukan sekadar penutup kepada perayaan Gawai Dayak, malah menjadi pentas penyatuan berbilang komuniti menonjolkan kekuatan perpaduan dan warisan budaya masyarakat Iban.

Majlis yang turut dihadiri Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying, menyerlahkan bagaimana tradisi boleh menjadi jambatan yang menghubungkan generasi dan kaum, serta memperkukuh jalinan hubungan dalam kalangan penduduk tempatan.

Ngiling Bidai, membawa maksud ‘menggulung tikar,’ merupakan upacara simbolik menandakan berakhirnya musim menuai. 

Lebih daripada sekadar ritual, ia melambangkan kesyukuran, permuafakatan, dan keakraban dalam komuniti yang terus mendaulatkan adat resam nenek moyang.

BERAKHIRNYA GAWAI… Joshua Ting bersama Abell dan yang lain ketika menyempurnakan Sambutan Ngiling Bidai di Bawang Assan di Sibu.

Dalam ucapannya, Joshua Ting memuji keutuhan masyarakat Iban dalam mempertahankan warisan budaya sambil menyesuaikan diri dengan arus pembangunan moden.

“Saya melihat Ngiling Bidai ini bukan hanya sebagai satu tradisi, tetapi sebagai simbol kekuatan komuniti. 

“Apabila masyarakat berkumpul, tanpa mengira usia atau latar belakang, untuk meraikan warisan mereka bersama-sama, inilah sebenarnya asas perpaduan yang kita dambakan di Sarawak,” katanya.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dengan persembahan tarian Ngajat, pertunjukan pakaian tradisional dan jamuan makanan tempatan yang mengeratkan silaturahim. 

Joshua Ting turut mengambil peluang untuk berinteraksi dengan penduduk rumah panjang menyelami kehidupan dan semangat komuniti yang berpaksikan nilai kebersamaan.

Beliau turut menggesa agar golongan muda terus melibatkan diri dalam acara kebudayaan seperti ini agar nilai perpaduan tidak hanya dikekalkan, tetapi terus diperkukuh dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Sambutan Ngiling Bidai ini menjadi bukti bahawa budaya bukan sekadar warisan, tetapi juga alat penyatuan yang ampuh dalam membentuk masyarakat yang saling menghormati, berdaya tahan, dan harmoni.

Di sebalik kegembiraan dan kemeriahan, majlis ini mengangkat satu mesej yang jelas perpaduan bermula dari akar budaya, dan tradisi seperti Ngiling Bidai adalah cerminan jati diri komuniti yang kuat dan bersatu.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Jelajah Ngiling Bidai DUN Kuala Rajang tamat, bermula sejak 13 Jun
Next: RM230,000 allocation for SK St David announced during Gawai and Father’s Day celebration at Kampung Bumbok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.