Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ‘Ngelamaai Buraaq Idaang’ simbol perpaduan, warisan masyarakat Tering
  • Utara
  • WILAYAH

‘Ngelamaai Buraaq Idaang’ simbol perpaduan, warisan masyarakat Tering

Utusan Sarawak 5 hours ago
MERIAH…Pelbagai aktiviti kebudayaan diadakan pada Perayaan kebudayaan masyarakat Tering, ‘Ngelamaai Buraaq Idaang’ yang berlangsung di Mulu hari ini. 

MIRI: Perayaan kebudayaan masyarakat Tering, ‘Ngelamaai Buraaq Idaang’ adalah simbol kesyukuran, perpaduan dan identiti masyarakat itu yang diwarisi sejak turun-temurun.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata perayaan berkenaan bukan sahaja meraikan kegembiraan hasil tuaian, tetapi turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha gigih komuniti serta mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

“Penglibatan generasi muda sangat penting bagi memastikan kesinambungan tradisi dapat diteruskan dari satu generasi ke generasi seterusnya,” katanya ketika merasmikan perayaan tersebut di Dewan Masyarakat Mulu di Mulu hari ini.

Ting turut menggesa golongan belia agar terus aktif memelihara dan mempertahankan warisan budaya Tering, selain berbangga dengan identiti serta sejarah mereka.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Persatuan Masyarakat Tering Miri, jawatankuasa penganjur serta pasukan tempatan di Mulu atas usaha gigih mereka menjayakan acara itu meskipun berdepan cabaran logistik berikutan pemindahan lokasi dari Marudi ke Mulu.

Menurut beliau, pemilihan Dewan Masyarakat Mulu sebagai lokasi sambutan amat bermakna kerana kawasan itu bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadi, malah memiliki kekuatan budaya yang tersendiri.

Perayaan yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan termasuk persembahan tarian tradisional, penceritaan rakyat dan sesi perkongsian ilmu.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: SMK Kanowit kini lengkap dengan blok akademik dan kemudahan sokongan
Next: RM300,000 diperuntuk menaik taraf Dataran Kejat Rumah Panjang Mancha, Tawang Ulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.