Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Neymar masih dalam perhitungan skuad Piala Dunia Brazil
  • SUKAN

Neymar masih dalam perhitungan skuad Piala Dunia Brazil

Utusan Sarawak 9 hours ago
NEYMAR belum tersingkir masih berpeluang sertai skuad Brazil ke Piala Dunia FIFA 2026.

RIO DE JANEIRO: Neymar masih berpeluang menjadi sebahagian daripada skuad Brazil untuk Piala Dunia FIFA 2026 walaupun terdapat kebimbangan berterusan mengenai tahap kecergasannya, lapor Xinhua memetik penolong jurulatih pasukan kebangsaan, Davide Ancelotti.

Neymar, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 79 gol dalam 128 penampilan antarabangsa, hanya membuat enam penampilan bersama Santos tahun ini selepas menjalani pembedahan artroskopik pada lutut kirinya pada Disember.

Beliau tidak beraksi untuk Brazil sejak mengalami koyakan ligamen krusiat anterior (ACL) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay pada Oktober 2023, kecederaan yang menyebabkannya tersisih lebih setahun.

Namun Davide, anak kepada ketua jurulatih Brazil Carlo Ancelotti, berkata pemain berusia 34 tahun itu masih mempunyai masa untuk kembali mencapai tahap kecergasan penuh sebelum kejohanan bermula pada 11 Jun.

“Sudah tentu, beliau ialah penjaring gol terbanyak pasukan kebangsaan dan masih mempunyai peluang,” kata Davide. “Beliau masih ada masa untuk memberikan yang terbaik dan cuba berada dalam senarai.”

Davide berkata skuad Piala Dunia Brazil berkemungkinan akan diumumkan pada 18 Mei, hampir dua minggu sebelum tarikh akhir rasmi FIFA.

Perkara itu memberi Neymar 11 perlawanan kelab untuk meyakinkan barisan kejurulatihan Brazil bahawa beliau bersedia untuk kejohanan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

“Akhirnya, ia adalah keputusan jurulatih dan beliau mempunyai masa untuk menentukannya,” katanya.

Brazil akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Maghribi pada 13 Jun sebelum bertemu Haiti pada 19 Jun dan Scotland pada 24 Jun dalam Kumpulan C.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: BAC 2026: Tiga beregu tersingkir, cabaran Malaysia tamat di suku akhir
Next: X-Games Antarabangsa DBKU 2026 perkasa sukan ekstrem, lonjak pelancongan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.