Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Neymar kembali sertai latihan penuh Brazil
  • SUKAN

Neymar kembali sertai latihan penuh Brazil

Utusan Sarawak 19 hours ago
PEMAIN penyerang Brazil, Neymar (#10), menyertai sesi latihan MD-1 di Pusat Latihan Columbia Park di Morristown, New Jersey, pada 18 Jun 2026, sehari sebelum perlawanan Kumpulan C FIFA World Cup 2026 antara Brazil dan Haiti. Foto AFP

NEW JERSEY: Neymar kembali menjalani latihan penuh bersama skuad Piala Dunia Brazil pada Ahad ketika beliau bersedia membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam tempoh hampir tiga tahun, lapor Xinhua.

Penyerang Santos itu yang sebelum ini kembali menjalani latihan secara berperingkat minggu lalu, melengkapkan sesi latihan penuh pertamanya bersama skuad Brazil sejak pasukan itu berkumpul di Teresopolis, berhampiran Rio de Janeiro, pada 27 Mei.

Pada Jumaat, pengendali Brazil, Carlo Ancelotti berkata pemain berusia 34 tahun itu telah pulih daripada kecederaan koyakan otot betis tahap dua dan akan disenaraikan dalam skuad perlawanan menentang Scotland pada aksi terakhir Kumpulan C di Miami pada Rabu.

Rakan sepasukannya, Lucas Paqueta berkata kepulangan Neymar memberi suntikan semangat kepada juara dunia lima kali itu.

“Kami semua sangat gembira dengan kepulangan Neymar. Dia pemain yang amat penting buat pasukan kebangsaan kami, mempunyai sejarah yang hebat dan banyak membantu pasukan. Saya berharap dia dapat kembali beraksi di atas padang secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Neymar, penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 79 gol dalam 128 penampilan antarabangsa, tidak lagi beraksi bersama pasukan kebangsaan sejak mengalami kecederaan koyakan ligamen krusiat anterior (ACL) pada Oktober 2023.

Brazil kini mendahului Kumpulan C dengan empat mata, mengatasi Maghribi di tempat kedua menerusi perbezaan jaringan.

Scotland berada di tangga ketiga dengan tiga mata manakala Haiti tercorot tanpa sebarang mata.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Messi buru rekod Piala Dunia ketika Argentina berdepan Austria esok
Next: Mbappe sedia raikan penampilan ke-100 bersama Perancis di Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.