Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Neymar bakal jalani pembedahan lutut
  • SEMASA

Neymar bakal jalani pembedahan lutut

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMBEDAHAN… Neymar akan menjalani pembedahan lubang kunci hari ini bagi membaiki meniskus yang koyak pada lutut kirinya.

RIO DE JANEIRO, Brazil: Neymar akan menjalani pembedahan lubang kunci hari ini bagi membaiki meniskus yang koyak pada lutut kirinya, lapor Xinhua dengan memetik laporan media.

Penyerang Santos berusia 33 tahun itu memuat naik sekeping foto di media sosial pada Ahad yang menunjukkan beliau sedang terbaring di atas katil hospital di bandar Belo Horizonte, tenggara Brazil.

Laporan menyebut doktor pasukan kebangsaan Brazil, Rodrigo Lasmar, akan menjalankan prosedur itu, yang dijangka memerlukan tempoh pemulihan kira-kira empat minggu.

Awal bulan ini, Neymar mendedahkan bahawa beliau tetap beraksi pada separuh kedua musim 2025 di Brazil walaupun mengalami kecederaan, namun memilih untuk terus bermain walaupun menanggung kesakitan bagi membantu Santos mengelak daripada penyingkiran.

Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu hanya membuat 28 penampilan bersama Santos dalam semua kejohanan tahun ini, dengan menjaringkan 11 gol dan mencatat empat bantuan gol.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil itu menyasarkan untuk kembali cergas menjelang Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Keseluruhan kemalangan Krismas 2024 menurun, kecuaian pemandu masih punca utama
Next: Mangsa banjir di Pahang turun 50 peratus, catat 218 mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.