Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Neuer umum gantung but untuk pasukan kebangsaan selepas Piala Dunia
  • SUKAN

Neuer umum gantung but untuk pasukan kebangsaan selepas Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
MANUEL Neuer #1 dari Jerman mengangkat ibu jari sebagai tanda positif semasa sidang media di Universiti Negeri Winston-Salem pada 18 Jun 2026 di Winston-Salem, Carolina Utara.

BERLIN: Menjelang perlawanan kumpulan kedua Jerman menentang Ivory Coast pagi esok (waktu Malaysia), Manuel Neuer mengumumkan bahawa Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada kali ini akan menjadi kejohanan utama terakhirnya, lapor Xinhua.

Pemain berusia 40 tahun yang beraksi dalam Piala Dunia kelimanya, membuat kenyataan itu sebelum membuat penampilan ke-126 untuk pasukan kebangsaan Jerman.

“Saya tidak dapat melihat diri saya bermain dalam dua tahun lagi di Euro 2028,” kata penjaga gol Bayern Munich itu.

“Ia satu hadiah untuk berada di sini. Saya sangat ingin menjadi sebahagian daripada pasukan.”

Neuer menggariskan cita-cita untuk menjayakan kejohanan terakhirnya, mengatakan bahawa beliau tidak akan berada di sini “jika saya tidak melihat peluang untuk memenangi gelaran.”

Penjaga gol Jerman itu menjelaskan kepulangannya selepas berehat dua tahun, menyatakan beban banyak perlawanan kelab.

“Saya mungkin tidak boleh melakukan semua itu, kelab dan pasukan kebangsaan,” katanya.

Susulan kembalinya Neuer ke dalam skuad, pemain Hoffenheim, Oliver Baumann berdepan kemungkinan diturunkan kepada pilihan kedua Julian Nagelsmann selepas dua tahun menjaga gawang Jerman.

“Kami berbincang panjang dan terbuka bersama-sama dan menemui titik persamaan,” katanya sambil mendakwa perkara itu telah diselesaikan.

“Saya mengambil sedikit masa untuk mengetahui apa yang boleh saya lakukan selepas kecederaan saya pada lewat 2022,” katanya merujuk pada kemalangan ski yang mengakibatkan beliau patah kaki, diikuti beberapa kecederaan otot ringan. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Brazil sasar banteras pertaruhan haram semasa Piala Dunia
Next: ‘Kekecewaan besar’ apabila Haiti tersingkir daripada Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.