Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nenek jelita berusia 33 tahun
  • GLOBAL

Nenek jelita berusia 33 tahun

Utusan Sarawak 4 years ago
SKINNER (duduk) bersama Maizie dan cucunya yang baru berusia seminggu. • Foto AFP

LONDON:  Seorang wanita mendedahkan dia berasa bangga digelar ‘nenek paling muda di Britain’ selepas mempunyai cucu pada usia 33 tahun, lapor AFP kelmarin.

Gemma Skinner, menerima seorang cucu perempuan minggu lalu selepas anaknya, Maizie, melahirkan bayi tersebut pada usia 17 tahun.

“Pada mulanya, saya enggan dipanggil ‘nenek’, namun kini berasa suka mendengar nama panggilan itu,” ujarnya.

Menurut Skinner, ketika Maizie dimasukkan ke hospital sebelum melahirkan cucunya, jururawat di situ menyangka bahawa dia ialah kakak kepada anaknya.

“Jururawat yang datang untuk memberikan suntikan epidural kepada Maizie bertanya sama ada kami ialah saudara perempuan. Kami ketawa mendengarnya kerana sering mendengar pertanyaan seperti itu,” katanya.

Skinner memiliki tiga orang anak perempuan dengan anak bongsunya, Bella, kini baru berusia empat tahun selain Gracie yang berusia 10 tahun.

Dia melahirkan Maizie pada tahun 2004 ketika berusia 16 tahun. – AFP

Continue Reading

Previous: Dunia mula catu elektrik, bekalan tenaga merosot
Next: Ribut solar dijangka landa bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.