Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nenek 89 tahun panjat turun dari tingkat 27, kisah tular di media sosial
  • GLOBAL

Nenek 89 tahun panjat turun dari tingkat 27, kisah tular di media sosial

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEJADIAN di sebuah bangunan kediaman di sini, pada petang 1 April itu, turut tular di media sosial. Foto AGENSI

BEIJING: Seorang wanita warga emas berusia 89 tahun mencetuskan perhatian ramai selepas bertindak memanjat turun dari tingkat 27 ke tingkat 21 di bahagian luar sebuah bangunan kediaman akibat terperangkap dalam bilik tidurnya.

Dalam kejadian pada petang 1 April itu, wanita tersebut dilihat berada di luar tingkat 26 bangunan berkenaan sambil berpaut pada jeriji besi yang melindungi unit penghawa dingin.

Seorang pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yang terdengar suara lemah mangsa segera menghubungi polis serta menasihatinya supaya menunggu bantuan. Namun, wanita itu terus memanjat turun.

Mangsa yang keletihan akhirnya berhenti di tingkat 21, kira-kira 50 meter dari aras tanah.

ANGGOTA bomba bertindak pantas menyelamatkan seorang wanita warga emas berusia 89 tahun yang memanjat di dinding luar bangunan selepas terperangkap dalam bilik tidurnya. Foto AGENSI

Pasukan bomba yang tiba kemudian menjalankan operasi menyelamat dari dalam bangunan kerana keadaan tidak selamat untuk memanjat di bahagian luar. Mereka memasang tali keselamatan, memotong sebahagian jeriji dan membantu mangsa berehat di platform penghawa dingin, selain memberinya air dan jaket.

Siasatan mendapati wanita itu tinggal bersendirian di tingkat 27 dan secara tidak sengaja mengunci dirinya di dalam bilik tidur, manakala telefon bimbit ditinggalkan di ruang tamu.

Dalam keadaan panik, beliau mengambil keputusan berbahaya untuk memanjat turun melalui jeriji tersebut dan bercadang turun sehingga ke tingkat bawah.

Selepas berehat kira-kira 20 minit, anggota bomba menggunakan pengusung untuk membentuk laluan dari platform ke tingkap sebuah unit di tingkat 21 sebelum membawa mangsa masuk dengan selamat.

Wanita itu tidak mengalami kecederaan serius, hanya keletihan dan trauma. Kisah keberaniannya menjadi tular di media sosial dengan lebih empat juta tontonan, selain menerima pelbagai reaksi netizen yang memuji kekuatan fizikal dan semangatnya, malah menggelarnya “nenek super”. – AGENSI

Continue Reading

Previous: Turun berat, dapat daging: Cara kreatif lawan obesiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.