Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Nenek 70 tahun jadi usahawan pekasam, inspirasi ramai di Kota Samarahan
  • INSPIRASI

Nenek 70 tahun jadi usahawan pekasam, inspirasi ramai di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TRADISI DITERUSKAN… Biu sedang memproses pekasam ikan di kediamannya di Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Berbekalkan semangat kental dan minat mendalam terhadap masakan tradisional, Biu Semping, 70, memulakan langkah kecil dalam dunia perniagaan dengan menghasilkan pekasam daun ensabi secara kecil-kecilan.

Bermula sebagai hobi, usaha gigih beliau kini membuahkan hasil apabila produk buatannya semakin dikenali dan mendapat sambutan positif daripada orang ramai.

Menyedari potensi perniagaan tersebut, Biu kemudian mengembangkan usahanya dengan menghasilkan pekasam ikan seperti ikan sultan dan keli.

Meskipun sudah berusia dan bergelar nenek, semangat beliau untuk terus mencari rezeki tidak pernah luntur.

“Syukur, perniagaan kecil saya menerima sambutan hangat daripada orang ramai.

“Saya sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi rezeki ini kepada saya,” katanya penuh rasa syukur.

PEKASAM ikan dan pekasam daun ensabi, hasil air tangan Biu Semping, 70.

Kini, produk pekasam beliau bukan sahaja mendapat tempat di hati penduduk tempatan, malah turut menerima tempahan dari luar daerah seperti Sibu, Bintulu, dan Miri.

Dalam menguruskan perniagaan hariannya, Biu dibantu oleh anak perempuannya, Ernie Diana, yang bertanggungjawab menguruskan tempahan dan penghantaran kepada pelanggan.

“Walaupun perniagaan saya dan mak hanya kecil-kecilan, sekurang-kurangnya ia membantu menampung keperluan dapur dan keluarga,” kata Ernie, yang tetap komited membantu ibunya meskipun mempunyai pekerjaan tetap.

Dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, usaha gigih Biu dan anaknya menjadi inspirasi kepada ramai, membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan.

Oleh Norman B.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Dari hobi ke bisnes: Mini bakeri Wenny Simbah tarik perhatian pelanggan
Next: Sharwita bakal tonjol fesyen Malaysia di Cannes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.