Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Nelayan maut terjatuh akibat gelombang kuat di perairan Kabong
  • KEMALANGAN

Nelayan maut terjatuh akibat gelombang kuat di perairan Kabong

Utusan Sarawak 6 hours ago
Mangsa beralamat dari Sibu itu dipercayai terjatuh ke dalam gerabak tempat simpanan tong ikan di dalam kapal selepas kapal dilanda gelombang kuat. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang nelayan ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam ruang simpanan ikan di sebuah kapal nelayan akibat gelombang laut kuat dalam kejadian di perairan Kabong, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari yang sama hasil makluman daripada pengadu, 40, yang juga merupakan tekong kapal nelayan terbabit.

Menurut beliau, kejadian berlaku di atas kapal nelayan bernombor pendaftaran SF25754 ketika kapal berkenaan sedang beroperasi di kawasan perairan laut Kabong.

“Mangsa, 26, dari Sibu yang merupakan anak kapal, dipercayai terjatuh ke dalam gerabak tempat simpanan tong ikan di dalam kapal selepas kapal dilanda gelombang kuat,” katanya dalam satu kenyataan.

DSP Mathew berkata, kejadian itu disaksikan oleh seorang lagi anak kapal yang kemudian segera meminta bantuan rakan-rakan lain untuk menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Tanjung Manis untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

“Hasil siasatan awal dan keterangan saksi mendapati kejadian berlaku sepenuhnya di dalam kapal nelayan berkenaan dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” jelasnya.

Kes disiasat sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM) dan pihak polis menasihatkan semua nelayan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, khususnya ketika beroperasi dalam keadaan laut bergelora.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua warga emas cedera dalam kemalangan di Roban
Next: Wanita warga emas maut, penunggang cedera parah dalam nahas dua kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.