Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Nelayan maut dipercayai dibaham buaya di Sandakan
  • KEMALANGAN

Nelayan maut dipercayai dibaham buaya di Sandakan

Utusan Sarawak 15 hours ago
GAMBAR hiasan.

SANDAKAN: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di sebuah sungai berdekatan Taman Kenari, Batu 7, di sini semalam ditemukan meninggal dunia petang tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung berkata mayat Obing Markum, 30-an, dijumpai pada 2.10 petang oleh pasukan penyelamat di kawasan sungai itu, kira-kira satu kilometer dari bot lelaki terbabit.

“Mangsa menjalankan aktiviti menangkap ikan pada 6 petang semalam di sungai Taman Kenari, sebelum penduduk kampung menemukan botnya di tepi sungai dengan kesan gigitan buaya.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut disertai penguat kuasa Jabatan Hidupan Liar, Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Polis Marin dan orang awam bermula 8.57 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jimmy berkata mayat lelaki warga asing itu dihantar ke Hospital Sandakan untuk tindakan lanjut manakala SAR ditamatkan sepenuhnya pada 3.40 petang.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kejadian tanah susur di Kampung Bara Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.