Nelayan hilang, perahu ditemui hanyut di sungai Kampung Tanjung Katong

Facebook
WhatsApp
PERAHU MANGSA…Perahu mangsa warga emas yang memasang pukat dijumpai hanyut oleh keluarga. Foto BBP LAWAS

LAWAS:  Nelayan dikhuatiri hilang selepas hanya perahunya dijumpai hanyut di sungai Kampung Tanjung Katong Sundar malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Clarence D. Primus Tiandun berkata mangsa dikenali sebagai  Assan Osman, 60 dilaporkan hilang dalam kejadian yang berlaku pada 7.13 malam ini.

“Satu laporan dibuat oleh menantu mangsa yang datang sendiri ke balai membuat laporan bahawa mentuanya telah hilang di sungai apabila hanya menjumpai perahu hanyut namun mangsa tiada di dalam perahu tersebut.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengenai  laporan insiden mangsa hilang di sungai selepas keluar memukat di sungai terbabit.

“BBP Lawas bergegas  Balai Polis Lawas untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut serta arahan seterusnya ,” katanya lagi.

Kata Clarence lagi, atas arahan pihak polis operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dilakukan pada esok hari susulan faktor jarak kampung yang jauh serta faktor keselamatan kerana keadaan cuaca yang gelap.

Oleh Adeng Edrus