Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nelayan Bintulu terima bantuan lebih RM200,000
  • Utara
  • WILAYAH

Nelayan Bintulu terima bantuan lebih RM200,000

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGERUSI LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berucap pada majlis Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan Bintulu di Pasar Nelayan Kuala Tatau, hari ini.

BINTULU: Golongan nelayan di Bintulu menerima pelbagai bentuk bantuan berjumlah lebih RM200,000 menerusi majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Bintulu 2025 yang berlangsung di Pasar Nelayan Kuala Tatau, hari ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhamad Faiz Fadzil berkata, majlis berkenaan merupakan antara inisiatif LKIM untuk mendekati komuniti nelayan serta membuka ruang interaksi secara langsung antara pihak pengurusan tertinggi dan golongan sasar.

Antara bantuan yang disampaikan pada majlis tersebut termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) kepada PNK Bintulu berjumlah RM128,300, bantuan ‘Touch Point’ RM50,000 kepada 52 penerima serta bantuan Program Peningkatan Produktiviti Nelayan B40 sebanyak RM25,000 kepada dua penerima. 

Selain itu, Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan turut diserahkan dengan jumlah RM7,100 kepada 21 penerima. 

Sumbangan Wakalah Zakat NEKMAT untuk Asnaf juga disampaikan kepada 23 penerima dengan nilai RM100 setiap seorang.

Dalam ucapannya, Muhamad Faiz menegaskan bahawa bantuan yang disalurkan bertujuan untuk meningkatkan produktiviti nelayan, memperkukuh daya saing sektor perikanan, serta memperbaiki kualiti hidup komuniti nelayan khususnya di Sarawak.

Beliau turut memberi jaminan bahawa LKIM akan terus melaksanakan program seumpama ini secara berterusan bagi memastikan kumpulan nelayan mendapat manfaat yang sewajarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan agar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) terus mempelbagaikan projek ekonomi, sejajar dengan objektif penubuhan persatuan dalam memajukan kepentingan sosioekonomi ahlinya.

Turut hadir Ahli Jemaah Lembaga LKIM, Abang Abdul Halil Abang Naili, Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan, Norfajarwati Baharudin, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Mohamad Rizal Sahari, Timbalan Pengarah LKIM Negeri Sarawak, Hasbie Mokti serta Pengerusi PNK Bintulu, Hai’adz Waslie.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PNK Bintulu pelopori projek bot rekreasi di Sarawak
Next: ADUN Krian komited angkat nama Saratok dalam bidang sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.