KATHMANDU: Sri Lanka mula menyuntik wanita hamil dengan vaksin Koronavirus China pada Rabu lalu dan Nepal meneruskan pemvaksinan dengan suntikan buatan China ketika jiran India beralih ke Beijing dan Moscow untuk mendapatkan bantuan bekalan.
Nepal menghentikan pemvaksinan pada akhir Mei setelah stok suntikan AstraZeneca dan Sinofarm China hampir habis.
Program ini disambung semula pada Selasa lalu setelah satu juta dos Sinopharm tiba dari China, satu-satunya negara yang memberi respons permintaannya untuk mendapatkan bantuan.
India sebelumnya membekalkan Nepal dengan vaksin AstraZeneca daripada pengeluarnya Serum Institute tetapi pada Mac lalu membekukan eksport vaksin ketika jangkitan melambung tinggi di dalam negara.
“Nepal telah mengirim permintaan ke banyak negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Rusia dan negara lain tetapi belum ada vaksin tambahan,” kata Pegawai Kementerian Kesihatan, Samir Kumar Adhikari.
Hampir dua peratus rakyat negara ini diberi vaksin sepenuhnya.
Kira-kira 1.3 juta orang menerima satu dos AstraZeneca pada Mac lalu tetapi sejak itu tidak dapat mendapat suntikan.
Sementara itu, Sri Lanka secara agresif melancarkan suntikan Sinopharm China setelah menerima dua juta dos dalam seminggu terakhir.
Pada Rabu lalu, program ini dibuka untuk wanita hamil.
Pada masa sama, Sri Lanka di tengah gelombang jangkitan ketiga yang ganas mengumumkan bulan lalu ia juga membeli 13 juta vaksin Sputnik V dari Rusia.
Ketua Tindak Balas Covid-19 Sri Lanka, Ketua Tentera Shavendra Silva mengatakan Colombo berharap dapat melakukan vaksinasi seluruh populasi dewasa menjelang awal tahun depan.
Menurut Pejabat Presiden, Sri Lanka juga meminta bantuan Jepun untuk 600,000 suntikan AstraZeneca sehingga dapat memberikan dos kedua kepada orang yang menerima suntikan pertama.
Sementara itu, Bangladesh hanya memberikan dos kedua suntikan AstraZeneca sejak akhir April ketika bekalan berkurang.
Menteri Kesihatan, Zahid Maleque bulan lalu mengatakan Bangladesh ingin membeli 50 juta dos daripada Sinopharm.
Malah, Menteri Luar Negeri A.K. Abdul Momen, berkata minggu ini setelah bertemu duta besar Rusia dan berhasrat untuk membeli lima juta dos Sputnik,
Momen mengatakan negaranya juga meminta dua juta dos AstraZeneca dari AS yang tmengumumkan bahawa ia merancang untuk mengeksport 80 juta dos vaksin ke seluruh dunia.
Penghantaran Pfizer juga tiba di Dhaka minggu lalu di bawah inisiatif Covax, sebuah program yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengedarkan vaksin ke negara miskin.
Malah, India belum mengatakan tarikh eksport mungkin akan disambung semula.
Pada Selasa lalu, pihaknya mengatakan telah memesan 440 juta dos daripada Serum dan pengeluar tempatan, Bharat Biotech untuk digunakan di India.
Ia juga telah membuat pesanan awal untuk 300 juta dos vaksin yang belum disetujui dibuat oleh Biologis E. yang berpusat di Hyderabad -AFP