Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Suruhanjaya EU: Negara anggota semakin hampir capai sasaran iklim 2030
  • GLOBAL

Suruhanjaya EU: Negara anggota semakin hampir capai sasaran iklim 2030

Utusan Sarawak 2 days ago
PESURUHJAYA Iklim EU Wopke Hoekstra

BRUSSELS: Negara Kesatuan Eropah (EU) berada di landasan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau berbahaya sebanyak 54 peratus menjelang 2030, hampir mencapai sasaran blok itu iaitu 55 peratus, lapor agensi berita Jerman dpa.

Suruhanjaya Eropah dalam kenyataan pada Rabu berkata penilaian itu berdasarkan pelan iklim dan tenaga kebangsaan, yang setiap negara anggota perlu memperincikan rancangan mereka untuk mencapai matlamat jangka panjang EU menjadi neutral iklim menjelang 2050 dan mengurangkan pelepasan lebih separuh menjelang 2030 berbanding tahap pada 1990.

Suruhanjaya itu menggesa negara anggota agar kekal di landasan yang betul dan melaksanakan pelan masing-masing sepenuhnya.

“Pelepasan telah menurun sebanyak 37 peratus sejak 1990, manakala ekonomi telah berkembang hampir 70 peratus, membuktikan tindakan iklim dan pertumbuhan ekonomi berjalan seiring,” kata Pesuruhjaya Iklim EU Wopke Hoekstra.

“Kita mesti membina momentum ini,” katanya lagi.

Beliau berkata melabur dalam teknologi dan inovasi bersih penting bagi daya saing industri serta membuka pasaran baharu untuk syarikat EU.

“Komitmen kita terhadap peralihan bersih memberi kepastian kepada pelabur dan mengukuhkan ketahanan serta kemakmuran Eropah,” katanya.

“Inilah detik penentu – setiap sektor di setiap negara anggota mesti menyumbang kepada pencapaian sasaran ini,” tegas Hoekstra.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Sistem ‘Golden Dome’ percuma untuk Kanada jika sertai Amerika Syarikat – Trump
Next: Google berdepan tuntutan undang-undang di UK atas salah guna pasaran iklan carian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.