Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • National 7s 2025: Sarawak hantar pasukan lengkap ke Terengganu
  • SUKAN

National 7s 2025: Sarawak hantar pasukan lengkap ke Terengganu

Utusan Sarawak 1 day ago
SETIAUSAHA Kesatuan Ragbi Sarawak (SRU) Rashid Salleh (tiga dari kiri) bersama pegawai-pegawai pasukan SRU yang kini dalam kempen memburu kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2025) yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 25 Julai 2025 bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Terengganu.

KUCHING: Sarawak mempertaruhkan penyertaan penuh dalam semua kategori Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2025) yang dijadual berlangsung mulai Jumaat ini di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu.

Setiausaha Kesatuan Ragbi Sarawak (SRU), Rashid Salleh berkata, langkah menyertai keempat-empat kategori yang dipertandingkan membuktikan hala tuju pembangunan ragbi di negeri ini berada pada landasan tepat.

“Komitmen tinggi daripada semua pemegang taruh, termasuk Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Sarawak Sports Corporation (SSC), memperkukuh hasrat menjadikan Sarawak sebagai kuasa besar sukan ragbi tanah air.

“Misi utama kami di Terengganu adalah untuk memperbaiki kedudukan musim lalu. 

“Tetapi lebih penting, penyertaan kali ini menjadi pentas pendedahan berprestasi tinggi buat pemain muda Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Menurut beliau, segala keputusan yang dicapai akan dijadikan asas percaturan jangka panjang, termasuk membina kekuatan dari peringkat akar umbi hingga ke pentas SUKMA dan kebangsaan.

Skuad wanita pula diketuai oleh Shahradhi Libiki Iskandar Ridhuan yang membawa barisan bekas pemain SUKMA, manakala Sylvia Alexander Lian mengetuai skuad Wanita Bawah 21 Tahun, dan Er Embran Mohammad Ali memimpin skuad Lelaki Bawah 21 Tahun.

Edisi kali ini menyaksikan 41 pasukan bertanding dalam 139 perlawanan membabitkan empat kategori sepanjang tiga hari kejohanan.

Pada edisi terdahulu, Sarawak hanya menghantar wakil bagi kategori Lelaki Terbuka dan menamatkan kempen di kedudukan kelapan keseluruhan.

Bagi edisi tahun ini, seramai 66 individu termasuk pegawai pasukan mewakili empat pasukan dari Sarawak akan beraksi di kejohanan berprestij ini.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sibu International RC Powerboat Race 2025 cipta rekod catat 759 penyertaan
Next: Terbuka China: Malaysia pasti ada wakil beregu lelaki di separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.