Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Natasha Andrea rangkul naib juara ketiga Jelajah Epson LPGA
  • SUKAN

Natasha Andrea rangkul naib juara ketiga Jelajah Epson LPGA

Utusan Sarawak 2 years ago
Natasha Andrea Oon

KUALA LUMPUR: Pemain golf Malaysia Natasha Andrea Oon merangkul naib juara ketiga dalam Jelajah Epson musim ini semasa Kejohanan Island Resort yang menawarkan hadiah AS$225,000, berlangsung di Harris, Michigan, Amerika Syarikat malam tadi.

Atlet berusia 21 tahun itu berada dalam prestasi cemerlang di Kelab Golf Sweetgrass selepas mencatat 67, 68 dan 67, bagi keseluruhan 14 di bawah par, terikat dengan Auston Kim dari Amerika Syarikat untuk gelaran naib juara.  

“Saya mendapat markah yang begitu baik hari ini. Ada pukulan putt yang saya boleh lakukan, tetapi dengan keadaan hujan dan sebagainya ia agak pelik. Saya gembira kerana bermain dengan baik.

“Melangkah ke acara seterusnya … saya rasa saya boleh menang lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu akan beraksi dalam Hartford HealthCare Women’s Championship di Great River Golf Club di Milford, Connecticut, pada 14 hingga 16 Julai ini.

Untuk rekod, Natasha Andrea memenangi dua gelaran naib juara pada Kejohanan IOA di California pada Mei dan Casino Del Sol Golf Classic di Amerika Syarikat pada April. 

Jelajah Epson merupakan kelayakan rasmi untuk Jelajah Persatuan Golf Wanita Profesional (LPGA) dan telah mencapai peringkat separuh daripada jadual 2023. – Bernama

Continue Reading

Previous: Harimau Malaya benam Papua New Guinea 10-1
Next: Sarawak Hornbill Team Cup 2023: 360 atlet tenpin boling berentap minggu depan   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.