Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Natalie Abdullah dinobat Ratu Ibu Anggun Pesta Kaul Mukah 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Natalie Abdullah dinobat Ratu Ibu Anggun Pesta Kaul Mukah 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
NATALIE Abdullah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Ratu Ibu Anggun sempena Pesta Kaul Mukah 2026 semalam. Foto UKAS.

MUKAH: Pertandingan Ratu Ibu Anggun sempena Pesta Kaul Mukah 2026 mencuri tumpuan apabila Natalie Abdullah dinobatkan sebagai juara dalam acara yang berlangsung meriah semalam.

Kemenangan itu menyaksikan beliau membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta piala, selempang, sejambak bunga tajaan Leah, sebakul buah tajaan MH Fresh Fruits serta set pakaian Melanau tajaan Rozie Khan.

Tempat kedua dimenangi Geroldyien Ginda yang menerima RM800, diikuti Shafina Norman di tempat ketiga dengan RM600, manakala tempat keempat milik Dayang Rohayah Awang Helmi yang membawa pulang RM400.

Turut mencuri perhatian, Nurul Ain Asyikin Abdullah dinobatkan sebagai Ratu Fotogenik dengan hadiah wang tunai RM700 berserta piala, selempang, sejambak bunga dan sebakul buah.

Pertandingan tersebut berlangsung dalam suasana meriah dengan penyertaan ibu-ibu yang tampil anggun serta penuh keyakinan, sekali gus memukau pengunjung yang membanjiri tapak pesta.

ADUN Tellian Royston Valentine.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian Royston Valentine.

Selain mengetengahkan keanggunan, pertandingan itu turut menyerlahkan keperibadian dan keyakinan wanita, khususnya golongan ibu, di samping menjadi platform mempromosikan keindahan budaya Melanau.

Acara berkenaan dilihat sebagai antara tarikan utama Pesta Kaul Mukah 2026 dalam usaha memeriahkan sambutan serta memperkukuh identiti wanita Melanau dalam era moden.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Institusi keagamaan terus semai nilai murni dalam komuniti setempat
Next: 1,868 pelajar dari tiga sekolah menengah terima bantuan baju dan kasut sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.