Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nasry Asfura menang pilihan raya presiden Honduras
  • GLOBAL

Nasry Asfura menang pilihan raya presiden Honduras

Utusan Sarawak 6 hours ago
NASRY Asfura dipilih sebagai presiden Honduras. Foto AFP

TEGUCIGALPA, Honduras: Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) Honduras pada Rabu mengumumkan bahawa calon Parti Nasional Nasry Asfura dipilih sebagai presiden berperlembagaan negara itu dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 30 November lalu, lapor Xinhua.

Menurut data rasmi CNE, Asfura memperoleh 40.27 peratus undi diikuti calon Parti Liberal, Salvador Nasralla yang meraih 39.53 peratus daripada keseluruhan undi, manakala Rixi Moncada daripada Parti Kebebasan dan Penubuhan Semula (Libre) yang memerintah memperoleh 19.19 peratus undi.

Pengumuman CNE itu dibuat 24 hari selepas hari pengundian, susulan beberapa penangguhan, termasuk akibat gangguan pada sistem pengiraan undi seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa berkaitan.

Sebelum hari pengundian, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan sokongan kepada Asfura dan mencadangkan bahawa bantuan AS kepada Honduras boleh ditahan sekiranya Asfura tidak menang.

Pada 9 Disember, Presiden Honduras Xiomara Castro mengecam apa yang disifatkannya sebagai campur tangan luar dalam pilihan raya negara itu, sambil menyatakan bahawa proses pilihan raya berkenaan dicemari “ancaman, paksaan dan manipulasi.” – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Korea Selatan lapor tiga kes baharu selesema burung di ladang ternakan
Next: California Selatan bersedia hadapi badai Krismas dahsyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.