Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Naskhah al-Quran tulisan tangan, bukti cinta luar biasa Nurly Shahirah kepada Kalamullah
  • SEMASA

Naskhah al-Quran tulisan tangan, bukti cinta luar biasa Nurly Shahirah kepada Kalamullah

Utusan Sarawak 2 days ago
AMALAN Allahyarham Nurly Shahirah Azman mengulang hafazannya dengan cara menulis naskhah al-Quran pada helaian kertas kosong bagi menguatkan ingatan.

TERENGGANU: Amalan Allahyarham Nurly Shahirah Azman mengulang hafazannya dengan cara menulis naskhah al-Quran pada helaian kertas kosong bagi menguatkan ingatan, membuktikan semangat dan cinta yang sangat luar biasa terhadap kitab suci itu.

Pengarah Pusat Ihsan Universiti Malaysia Terengganu Riswadi Azmi berkata meskipun ramai dalam kalangan umat Islam mampu menghafal al-Quran, namun tidak semua golongan hafiz atau hafizah berupaya menyalin atau menulis semula mushaf lengkap seperti yang dilakukan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

“Kalau kita tengok sejarah, hanya 44 orang daripada sahabat yang ditugaskan secara rasmi oleh Baginda (Nabi Muhammad) SAW untuk menulis mushaf al-Quran seperti Ubai ibnu Kaab dan Zaid ibnu Thabit,” kata pakar dalam bidang manuskrip al-Quran itu kepada Bernama.

Malah, amalan menyalin semula ayat suci al-Quran lazimnya diamalkan oleh penghafaz di negara-negara Islam di benua Afrika bertujuan menajamkan lagi ingatan dan jarang diamalkan oleh penghafaz di Asia Tenggara.

“Tidak semua penghafaz al-Quran melalui proses penyalinan ini tetapi arwah ini bekas pelajar Imtiaz (Sekolah Menengah Imtiaz Besut), memang menjadi amalan kepada pelajar Imtiaz untuk menyalin semula mushaf sebagai satu keperluan dalam mata pelajaran Hafazan al-Quran,” katanya. 

Naskhah al-Quran yang ditulis tangan oleh Allahyarham Nurly Shahirah, 23, yang maut bersama 14 pelajar UPSI yang lain dalam nahas di Gerik, Perak, pada Isnin, menjadi tumpuan ramai yang menziarahi keluarganya sehingga tular di media sosial.

Dalam kejadian awal pagi Isnin itu, 15 pelajar UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih ke kampus utama Tanjung Malim, Perak, terbalik selepas melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat, di Gerik. 

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

Riswadi berkata berdasarkan pengamatannya terhadap mushaf al-Quran peninggalan Allahyarham Nurly Shahirah melalui video dan gambar yang tular di media sosial, pelajar jurusan Pendidikan Khas itu telah menulisnya dengan teliti dan penuh dedikasi sehingga tiada kesalahan besar dikesan pada setiap helaian berkenaan.

“Daripada video dan gambar yang tular, kita nampak di bawah setiap helaian ada tanda tangan gurunya, memang tanggungjawab setiap guru untuk memastikan tulisan al-Quran anak didiknya betul dan tiada kesalahan kerana al-Quran ialah wahyu Allah SWT dan tidak boleh ditulis dengan salah.

“Jadi kalau ada kesalahan guru akan tanda atau conteng dengan pen merah tetapi tiada contengan dikesan pada ayat-ayat yang ditulis oleh Nurly Shahirah,” katanya.

Selain menyalin dengan kaedah Rasm Uthmani dan ‘dhabt’ (tanda-tanda bacaan) yang betul, arwah juga menunjukkan kebolehan luar biasa dengan berjaya menamatkan penulisan ayat yang lengkap pada setiap halaman.

“Penulisan al-Quran mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani memerlukan ilmu dan kesungguhan kerana ia usaha agung oleh Khalifah Uthman bin ‘Affan bagi memelihara kesahihan dan keaslian al-Quran.

“Saya yakin Allahyarham Nurly Shahirah mempunyai ilmu itu sehingga mampu menyalin mushaf dengan baik,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sambutan hari TVET memberangsangkan, sasaran 150,000 pengunjung
Next: SST: Permintaan hartanah perindustrian bantu kurangkan impak sektor hartanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.