NASA tolak kemungkinan asteroid hentam bulan pada 2032

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat  secara muktamad menolak sebarang kemungkinan asteroid 2024 YR4 akan berlanggar dengan bulan pada 2032, berdasarkan pemerhatian baharu daripada James Webb Space Telescope.

Pengiraan orbit sebelum ini menunjukkan terdapat kemungkinan kecil sebanyak 4.3 peratus yang asteroid itu mungkin menghentam Bulan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Bagaimanapun, bacaan yang lebih tepat daripada teleskop James Webb yang dikumpul pada Februari lepas mengesahkan yang asteroid itu akan melintas pada jarak selamat kira-kira  21,243.3 killometer dari permukaan bulan pada 22 Disember 2032.

Asteroid yang dianggarkan berdiameter kira-kira 61 meter atau sebesar bangunan 15 tingkat dikesan pada akhir 2024 oleh sistem amaran awal di Chile.

Pada awal 2025, terdapat kebimbangan yang ia mungkin berlanggar dengan bumi, namun kemungkinan itu segera diketepikan. Ketidakpastian mengenai kemungkinan hentaman dengan Bulan pula berlarutan lebih lama.

Sejak musim bunga 2025, asteroid itu menjadi terlalu malap untuk diperhatikan sehingga ia berjaya dirakam semula bulan lepas oleh kamera teleskop James Webb, sekali gus mengesahkan yang ia akan melintas dengan selamat tanpa menghentam bulan.

Kepulangan terakhir Koperal Chiu, keluarga iringi penghormatan terakhir

SIBU: Di sebalik kepulangan jenazah Koperal Chiu Teck Siong ke kampung halamannya hari ini, balu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu hanya mampu memikirkan masa depan lima anak mereka yang masih kecil, terutama soal pendidikan selepas kehilangan tonggak keluarga dalam tragedi renjatan elektrik di Beaufort, Sabah, semalam. Tan Wei Wei, 39, berkata, keutamaan beliau ketika ini ialah memastikan kelima-lima anak mereka mendapat pembiayaan pendidikan yang mencukupi memandangkan mereka masih kecil. “Yang saya fikir sekarang ialah pendidikan masa depan mereka. Mereka semua masih kecil, sedangkan gaji suami bukanlah besar,” ujarnya ketika ditemui di Ching Chuan Sibu Mortuary Hall di Jalan Bukit Lima di sini, lewat petang tadi. Beliau berkata, lima anak mereka masing-masing berusia 11, 10, sembilan, tujuh dan empat tahun. Menurutnya, empat anak yang lebih besar bersekolah di SJK(C) Tung Hua, Sibu, manakala anak bongsu mengikuti pendidikan prasekolah di Tadika Sing Antong. Tan berkata, mendiang suaminya telah lama berhasrat untuk dipindahkan semula bertugas ke Sibu supaya dapat tinggal bersama keluarga, namun hasrat itu tidak kesampaian. “Memang sudah lama dia hendak berpindah balik ke sini, tetapi belum berjaya,” katanya. Beliau berkata, kali terakhir anak-anak dapat meluangkan masa bersama bapa mereka ialah ketika sambutan Tahun Baharu Cina lalu. Koperal Chiu, 40, merupakan antara tiga anggota polis yang maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan galah logam untuk mengambil kelapa di luar Balai Polis Weston, Beaufort, Sabah, semalam. Jenazah beliau diterbangkan dari Lapangan Terbang Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu dan tiba di Lapangan Terbang Sibu pada 5.50 petang. Van yang membawa jasad mendiang kemudian diiringi kenderaan polis serta ahli keluarga ke Ching Chuan Sibu Mortuary Hall di Jalan Bukit Lima. Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di dewan berkenaan pada 7.30 pagi esok sebelum mendiang dibawa ke Nirvana Memorial Park untuk upacara pembakaran. Abu mendiang kemudian akan disemadikan di Methodist Grace Memorial Park di Jalan Kemuyang. Dua lagi mangsa yang turut terkorban dalam kejadian itu ialah Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26. Ketiga-tiga mereka bertugas di Balai Polis Weston, Beaufort. Oleh Akun Giman