Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • NASA selesai latihan penting misi dengan anak kapal ke bulan selepas 50 tahun
  • GLOBAL

NASA selesai latihan penting misi dengan anak kapal ke bulan selepas 50 tahun

Utusan Sarawak 3 hours ago
EMPAT angkasawan misi Artemis 2 NASA menjalani latihan penuh prosedur hari pelancaran dengan mengenakan sut tekanan di Pusat Angkasa Kennedy, Florida. – Foto Agensi

ISTANBUL: Empat angkasawan yang dijadualkan menyertai misi mengelilingi Bulan pada awal tahun depan, menyertai latihan penuh pengiraan detik pelancaran pada hujung minggu ini, lapor Anadolu Agency (AA).

Latihan melibatkan prosedur menaiki kapal angkasa Orion milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), yang merupakan langkah penting menjelang penerbangan bersama anak kapal yang pertama ke Bulan dalam tempoh lebih lima dekad.

Ujian kompleks yang asalnya dirancang pada akhir November itu mengalami beberapa siri penangguhan pada Sabtu sebelum disambung semula, menurut jam pengiraan detik NASA.

Agensi angkasa itu tidak memperincikan isu yang dihadapi, namun Komander Artemis 2, Reid Wiseman menyifatkan latihan itu sebagai berjaya secara keseluruhan.

Misi Artemis 2 bakal mencatatkan sejarah sebagai misi dengan anak kapal pertama ke Bulan sejak Apollo 17 pada 1972, sekali gus menghantar Wiseman dan rakan setugasnya lebih jauh dari Bumi berbanding mana-mana manusia sebelum ini.

Penerbangan itu akan membuka jalan kepada misi Artemis 3, yang diharap NASA dapat mendaratkan angkasawan berhampiran kutub selatan Bulan pada tahun 2028.

NASA sedang membuat persediaan untuk misi Artemis II mereka yang akan datang untuk menghantar empat angkasawan ke Bulan.

“Adakah semuanya berjalan lancar? Sudah tentu tidak,” kata Wiseman menerusi hantaran di laman X, sambil menambah bahawa pasukan itu membuktikan mereka mampu menghadapi cabaran dan tarikh pelancaran kini “semakin hampir.”

Misi berkenaan dijadualkan secara tentatif pada awal Februari, walaupun jadual yang padat mungkin menyebabkan pelancaran ditunda ke awal Mac. Menurut laporan ABC News, keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas bermulanya tahun baharu.

Semasa ujian itu, Wiseman bersama Victor Glover, Christina Koch dan angkasawan Kanada Jeremy Hansen memakai sut tekanan jingga dan memasuki Orion mengikut prosedur hari pelancaran di atas roket SLS NASA di Pusat Angkasa Kennedy.

Selepas pelancaran kelak, Orion dan anak kapalnya akan menghabiskan masa sekitar 25 jam di orbit berelips Bumi untuk menguji sistem sokongan hayat, pendorong dan navigasi.

Berbeza dengan penerbangan tanpa pemandu Artemis 1 pada November 2022, Artemis 2 akan menuju ke trajektori “pulang bebas” mengelilingi Bulan sebelum mendarat di Lautan Pasifik tanpa memasuki orbit lunar. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: 80 peratus wilayah Mongolia dilitupi salji tebal
Next: Pengasas bersama Call of Duty Vince Zampella maut dalam kemalangan jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.