Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Naomi cuba sesuaikan diri
  • SUKAN

Naomi cuba sesuaikan diri

Utusan Sarawak 5 years ago

September 8, 2018 - Naomi Osaka in action against Serena Williams in the women's singles final during the 2018 US Open.

NAOMI OSAKA

NAOMI Osaka menjadi atlet pertama Jepun memenangi kejuaraan Slam, yang ketiga dalam ‘Open Era’ untuk layak pada pusingan akhir WTA pada 2018.

Dia juga melakar sejarah sebagai pemain pertama Asia melonjak ke puncak teratas dunia menerusi ranking WTA.

Penularan wabak pandemik Covid-19 menyebabkan penangguhan Olimpik Tokyo kepada Julai tahun depan.

Naomi mungkin antara salah seorang daripadanya yang kecewa apabila mengetahui mengenai penangguhan temasya sukan terbesar itu.

“Seperti kebanyakan atlet yang menjalani latihan, saya memang pada mulanya agak kecewa namun sedar penangguhan itu adalah untuk kebaikan seluruh dunia.

“Anda tahu perlawanan boleh ditangguhkan, kita akan bersama-sama kembali pada 2021 dan bersedia sepenuhnya,” kata Naomi.

“Saya sebenarnya sangat bersimpati dengan atlet, seperti atlet olahraga yang bekerja keras selama empat tahun dan merancak untuk tampil dengan kemuncak prestasi pada tempoh masa ditetapkan itu.

“Kini mereka terpaksa mengubah kembali jadual latihan dan memulakannya semula.

“Tenis pula agak berbeza jadi saya tidak perlu melakukan terlalu banyak perubahan.

“Saya tahu ramai orang termasuk rakan rapat yang bekerja keras untuk persediaan Olimpik, dan saya tahu bagaimana sukar perkara ini kepada rakyat di Jepun juga… jadi ia memang sukar.

“Tetapi sudah tentu ia adalah keputusan tepat, yang mana saya sangat menyokong penangguhan itu.

“Saya sangat berharap Olimpik akan menjadi perayaan besar bagi dunia dalam memerangi wabak pandemik ketika ini.

“Seingat saya, saya bermain tenis hampir setiap hari, jadi tempoh ini adalah peluang untuk berehat dan memulakannya semula.

“Saya banyak meluangkan masa memasak, bersenam untuk kekal cergas, membaca serta sentiasa berhubung dengan adik-beradik dan keluarga.

Saya tidak dibenarkan bermain tenis, bagaimanapun saya ada berbincang dengan jurulatih dan jurulatih kecergasan harian.

Selain mencari jalan untuk kekalkan kecergasan badan sebagai persediaan apabila jelajah kembali bersambung. Ia norma baharu tetapi saya dapat menyesuaikan diri.” tambahnya.-AFP

Continue Reading

Previous: Sancho ditawarkan nombor ‘keramat’
Next: Ozil tunjuk sikap pemurah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.