Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Nanta zahir dukacita kejadian perahu karam di Sungai Batang Rajang
  • TEMPATAN

Nanta zahir dukacita kejadian perahu karam di Sungai Batang Rajang

Utusan Sarawak 3 hours ago
ZIARAH… Setiausaha Politiknya kepada Nanta, Datuk Alvin Runggah Jimbun dan Ketua Penyelaras Pusat Khidmat Kapit, Ambrose Abong Bugek menziarahi keluarga mangsa di lokasi operasi SAR pagi tadi.

Nanta zahir dukacita kejadian perahu karam di Sungai Batang Rajang

KAPIT: Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menzahirkan rasa dukacita atas kejadian perahu karam di Sungai Batang Rajang berhampiran Kapit yang meragut nyawa seorang pemuda dari daerah itu.

Beliau berkata, mangsa yang dilaporkan hilang sejak semalam akhirnya berjaya ditemui oleh pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Brando Jawi Mamba, 21, dari Rumah Kawin, Nanga Peraran, Sungai Katibas, Song.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa Setiausaha Politiknya, Datuk Alvin Runggah Jimbun dan Ketua Penyelaras Pusat Khidmat Kapit, Ambrose Abong Bugek yang kebetulan berada di Kapit telah menziarahi keluarga mangsa di lokasi operasi SAR pagi tadi.

“Saya amat berdukacita menerima berita mengenai kejadian perahu karam di Sungai Batang Rajang yang meragut nyawa seorang anak muda dari Kapit.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Kehilangan ini amat menyedihkan dan saya benar-benar bersimpati dengan nasib keluarga yang sedang melalui saat sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata, beliau turut meminta supaya bantuan sewajarnya dilihat dan disalurkan bagi meringankan beban keluarga mangsa.

Difahamkan kejadian berlaku apabila perahu yang dinaiki mangsa bersama empat lagi rakan karam di Sungai Batang Rajang di kawasan Pantu, kira-kira 1.5 kilometer dari Wharf Kubu, Bandar Kapit selepas dipercayai dipukul ombak besar daripada tongkang yang melalui kawasan tersebut.

Empat lagi rakan mangsa dilaporkan berjaya menyelamatkan diri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertungkus-lumus menjalankan operasi SAR sejak semalam.

“Saya mendoakan semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Kelam Carbut hidupkan suasana komuniti
Next: Tiong: Peningkatan bantuan SKAS 2026 bukti keprihatinan kerajaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.