Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Nanta nyatakan hasrat bertanding pada PRN Sarawak
  • TEMPATAN

Nanta nyatakan hasrat bertanding pada PRN Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Sri Alexander Nanta Linggi ditemui media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kali ketiga di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Ahli Parlimen Kapit yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya diberi peluang dan mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata, selepas lebih 30 tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kapit, beliau berminat untuk meneruskan khidmat politik di peringkat negeri.

“Kalau ada peluang mungkin ada tempat baharu. Saya boleh katakan saya teringin juga kalau ada peluang.

“Saya dah 30 tahun di Parlimen, kalau ada peluang dan kebenaran daripada Yang Dipertua Parti, mungkin saya ingin menyambung khidmat politik saya di peringkat negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB kali ketiga di Ibu Pejabat PBB, di sini hari ini.

Pada masa sama, Menteri Kerja Raya itu turut membayangkan hasrat untuk memberi laluan kepada pemimpin muda bagi mewakili kerusi Parlimen Kapit pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Hasrat saya, mungkin tiba masanya untuk saya serahkan kepada orang muda dan memang dalam program kita pun sudah ada yang tersedia sekiranya diperlukan,” ujarnya.

Ketika ditanya kawasan yang menjadi pilihannya sekiranya bertanding di peringkat negeri, Nanta berkata beliau mahu terus berkhidmat di kawasan Kapit.

“Di Kapitlah,” katanya ringkas.

Beliau turut memaklumkan terdapat kemungkinan pertambahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di Kapit pada masa depan, namun tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar kerusi yang mungkin diwujudkan.

“Saya dengar berkemungkinan ada, tetapi sama ada satu atau dua kawasan baharu itu saya tak tahu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nanta berkata sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini akan turut diserikan dengan penganjuran acara “niti daun” yang dijangka berlangsung pada Jun depan.

Katanya, bagi kawasan Kapit, program Festival Budaya Kapit akan diteruskan tahun ini termasuk acara niti daun di Song pada 23 Mei, manakala majlis makan malam Pra-Gawai dijadual berlangsung pada 16 Mei.

Dato Sri Alexander Nanta Linggi merupakan Ahli Parlimen Kapit sejak tahun 1999 dan telah mempertahankan kerusi itu selama enam penggal berturut-turut di bawah PBB.

Beliau mula memenangi kerusi Parlimen Kapit pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan terus mengekalkan penguasaan di kawasan tersebut termasuk menang tanpa bertanding pada PRU 2004 dan 2008. 

Sepanjang karier politiknya, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kerajaan Persekutuan termasuk Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2013 hingga 2018, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dari 2020 hingga 2022 serta kini Menteri Kerja Raya sejak Disember 2022. 

Selain itu, Nanta juga merupakan Setiausaha Agung PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

Beliau berasal daripada keluarga politik terkenal Sarawak, merupakan cucu kepada pemimpin Dayak terkemuka Tun Jugah Barieng dan anak kepada bekas ahli politik Tan Sri Leonard Linggi Jugah. 

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Trash Hero Kuching terajui usaha tangani masalah sampah sarap
Next: Subis berpotensi besar untuk terus membangun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.