Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Nanta: Fokus terus berkhidmat, tidak perlu besarkan spekulasi PRN
  • SEMASA

Nanta: Fokus terus berkhidmat, tidak perlu besarkan spekulasi PRN

Utusan Sarawak 4 hours ago
BERCAKAP… Dato Sri Alexander Nanta Linggi bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kejuruteraan Geoteknikal Serantau Malaysia (MRGEC) 2026 di Kuching, hari ini.

KUCHING: Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyifatkan spekulasi berhubung penglibatannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebagai isu lama yang tidak perlu diperbesarkan lagi.

Menteri Kerja Raya itu berkata beliau akan terus berkhidmat dalam arena politik walau di mana sahaja beliau berada dan kekal aktif bagi membantu rakyat serta menyumbang kepada pembangunan negara dan negeri.

“Perkara itu sudah lama berlalu. Apa yang penting, saya akan terus berkhidmat dan membantu selagi diberi peluang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Kejuruteraan Geoteknikal Serantau Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas laporan media mengenai kemungkinan penglibatannya dalam PRN Sarawak akan datang, Nanta berkata perkara tersebut sudah diketahui umum dan menyerahkan kepada media untuk membuat penilaian sendiri.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perancangan politiknya pada masa hadapan, sebaliknya memaklumkan mempunyai beberapa idea yang masih belum sesuai dikongsikan kepada umum.

Sebelum ini, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata sebarang perbincangan mengenai penglibatan Nanta dalam PRN Sarawak masih belum dibincangkan setakat ini.

Menurut beliau, perkara berkaitan calon dan penyertaan mana-mana pemimpin dalam pilihan raya negeri akan diputuskan melalui perbincangan parti apabila tiba masanya.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Kesepakatan, perpaduan penting untuk jayakan pembaharuan hijrah – PM
Next: RM900 juta diperuntuk baik pulih laluan kritikal Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.