
SIBU: Nani Saban dari Sekuau telah dinobatkan sebagai Kumang Gawai Dayak Sibu 2025 pada Malam Mantar Gawai Dayak Sibu 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.
Dengan gelaran tersebut, beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM4,000, mahkota, selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.
Gelaran ‘Lulong’ (naib johan) disandang Nelly Mujan Rogelio dari Sungai Asap, Belaga yang menerima RM3,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.
Amenda Alannie Ambrose Luta dari Pasai Siong meraih gelaran ‘Selinggar Matahari’ (tempat ketiga) sekali gus memenangi RM2,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.
Tujuh peserta lagi masing-masing membawa pulang RM800 dan sijil penyertaan sebagai hadiah sagu hati.
Hadiah-hadiah pemenang disampaikan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodie.
Turut mengiringi ialah Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu Angelyn Uchi Maseng.
Oleh Tarani Lanting