
LUNDU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menyantuni Affandi Hassim dan keluarga di Kampung Stunggang Melayu hari ini.
Affandi Hassim, 47 tahun mempunyai anak perempuan yang bernama Putri Fatihah Umairah Affandi, 16 tahun yang kini merupakan pesakit terlantar.
“Anak saya telah terlantar pada penghujung tahun 2024 disebabkan oleh keradangan otak dan kini masih menerima rawatan susulan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Hospital Lundu,” kata bapa pesakit ketika ditemu bual pada program ziarah kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.
Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong turut menyerahkan tabung bantuan segera dengan kadar RM300 yang telah diluluskan.
Bantuan penjagaan pesakit terlantar dengan kadar RM500 sebulan akan bermula pada Julai 2025.
Turut hadir Timbalan Pengarah JKM, Mohd Ali Taib.
–Jabatan Penerangan Sarawak