Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nancy percaya masih ramai tercicir daripada bantuan kebajikan
  • Selatan
  • WILAYAH

Nancy percaya masih ramai tercicir daripada bantuan kebajikan

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATO Sri Nancy Shukri (tengah) bergambar bersama penerima bantuan dan keluarganya sempena Program Ziarah Kasih KPWKM di Kampung Tabuan Lot, Kuching.

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri percaya masih terdapat golongan memerlukan yang tercicir daripada menerima bantuan kebajikan walaupun pelbagai inisiatif telah disalurkan kerajaan.

Beliau berkata, keadaan itu berpunca antaranya kerana masih ada individu yang layak tetapi belum membuat permohonan atau tidak dikenal pasti oleh pihak berkaitan.

“Masih ada dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan tetapi belum menerima bantuan kerana belum memohon atau tidak dimaklumkan kepada pihak kebajikan,” katanya.

DATO Sri Nancy Shukri ditemui media ketika Program Ziarah Kasih KPWKM di Kampung Tabuan Lot, Kuching, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Ziarah Kasih KPWKM bersama Menteri KPWKM di Kampung Tabuan Lot, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Nancy menggesa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), pemimpin kampung serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya memainkan peranan lebih aktif dalam mengenal pasti golongan berkenaan.

“Saya mengambil peluang ini untuk menggesa ketua masyarakat dan pemimpin kampung supaya melihat di sekeliling, jika ada yang belum menerima bantuan walaupun tidak berkemampuan, bantu maklumkan kepada pejabat kebajikan berhampiran,” jelasnya.

Tambah beliau, pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat di setiap daerah bagi memudahkan proses permohonan dan siasatan dijalankan sebelum bantuan diluluskan.

“KMKK dan NGO adalah mata dan telinga di peringkat akar umbi untuk memastikan tiada yang tercicir,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nancy berkata sebanyak 556,571 kes bantuan kebajikan telah disalurkan di seluruh negara setakat Januari 2026 dengan jumlah peruntukan mencecah RM252 juta.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, seramai 165,944 penerima adalah dalam kalangan warga emas manakala 251,132 lagi merupakan orang kurang upaya (OKU).

Tambah beliau, bantuan bulanan bagi warga emas tidak berupaya kini telah dinaikkan kepada RM600 sebulan oleh kerajaan.

Dalam program sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada tiga penerima termasuk bantuan kewangan, kerusi roda serta bakul makanan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kebocoran paip di Olive Garden
Next: Kerajaan teliti impak ekonomi, elak beban rakyat susulan situasi perang di Asia Barat – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.