Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Nancy nafi sekolah cuba sembunyikan kes buli
  • SEMASA

Nancy nafi sekolah cuba sembunyikan kes buli

Utusan Sarawak 3 days ago
SEMANGAT PATRIOTIK… Dato Sri Nancy Shukri bersama peserta Program Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Negeri bersama-sama menyanyikan lagu Keranamu Malaysia. Foto Shahrul Qaizat

LUNDU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menafikan dakwaan bahawa pihak sekolah cuba menyembunyikan kes-kes buli demi menjaga imej institusi masing-masing.

Beliau menegaskan, pihak sekolah sememangnya mahu membantu mencari penyelesaian dan tidak mempunyai sebab untuk menutup kes-kes yang berlaku.

“Kalau itu anak kita, kita tentu tidak mahu perkara sebegini disembunyikan. Saya tidak fikir pihak sekolah mahu berbuat demikian, malah mereka juga mahu membantu,” katanya.

Nancy berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Negeri di Dewan Putra, Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi, di sini hari ini.

JELASKAN… Dato Sri Nancy Shukri ketika berucap pada majlis penutupan Program Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Negeri di Dewan Putra, Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi, di sini, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Menurut beliau, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini turut terlibat dalam jawatankuasa khas anti-buli yang ditubuhkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya, beberapa Ketua Setiausaha (KSU) telah dipanggil menyertai mesyuarat tersebut dan antara langkah awal ialah mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) seragam dalam menangani isu buli.

“Setiap agensi ada SOP masing-masing, dan kini kita cuba satukan supaya ada satu standard cara untuk menanganinya. Tetapi apa pun, usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak, bukan kerajaan semata-mata,” jelas beliau. Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tebus penghargaan SARA guna MyKad selamat, elak wang tercicir
Next: 529 wiramuda lapor diri PLKN, satu lagi kem dibuka di Kuching atau Sematan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.