Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Nanas MD2 rezeki Rumah Johnathan Ugiek
  • STAIL

Nanas MD2 rezeki Rumah Johnathan Ugiek

Utusan Sarawak 4 years ago
MENDAPAT PEMINTAAN TINGGI… Buah nanas MD2 mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan mampu menjana pendapatan lumayan.

PROJEK tanaman nanas premium varieti MD2 bakal memberikan pulangan yang lumayan kepada penduduk Rumah Jonathan Ugiek, Sungai Janting, Bintangor, seterusnya membuka peluang ekonomi dan membantu meningkatkan hasil pendapatan penduduk setempat.

Pengerusi Koperasi Agrobiz Jaya Berhad, Nyandang Keli berkata, buah nanas  premium varieti MD2 mempunyai potensi yang cerah di pasaran disebabkan keunikan rasa dan khasiatnya berbanding nanas jenis lain.

Menurutnya, melihat potensi itu tanaman tersebut secara langsung membuka ruang ekonomi baharu dengan penduduk khususnya warga petani di daerah ini harus memanfaatkan peluang tersebut.

Kata beliau lagi, kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang dan bimbingan kepada penduduk yang ingin mengusahakan tanaman nanas MD2 secara serius.

 “Dengan terbinanya pusat pengumpulan nanas di Sungai Janting ini akan menyediakan peluang ekonomi kepada penduduk di daerah ini.

“Justeru, saya menggesa penduduk di sini supaya merebut peluang dalam tanaman nanas MD2 bagi menyahut hasrat Kerajaan Sarawak menjadikan kawasan ini sebagai pengeluar makanan,” jelasnya.

Beliau berharap, agar semua pihak memberikan kerjasama bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar sekali gus dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi peserta.

“Seperti mana sedia maklum, setiap yang kita lakukan mesti ada cabarannya. Ia memerlukan kesungguhan untuk melakukannya dan seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan.

“Saya tahu kita mempunyai banyak tanah yang boleh diusahakan untuk pertanian. Salah satunya ialah tanaman nanas MD2. 

“Justeru, rebutlah peluang ini dengan sebaik-baiknya demi untuk menjana pendapatan anda,” ujarnya.

Majlis pecah tanah pusat pengumpulan buah nanas MD2 di Sungai Janting telah disempurnakan Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr. Jerip Susil yang mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Buah nanas MD2 bukan hanya enak dimakan tetapi juga mempunyai seribu macam kegunaan lain dari isi buahnya hingga ke daunnya.  

Komoditi itu lazimnya untuk tujuan eksport ke luar negara bagaimanapun, ketika ini belum mampu dilakukan berikutan permintaan tinggi dalam negara.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Perjuangan selamatkan Kolam Biru berterusan
Next: Dungai Inyang warisi seni tenunan Karap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.