Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Nam Cheong cipta sejarah, lancar Kapal MPSV pertama buatan tempatan
  • SEMASA

Nam Cheong cipta sejarah, lancar Kapal MPSV pertama buatan tempatan

Utusan Sarawak 18 hours ago
PELANCARAN SKG 520 turut disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang melawat pameran secara peribadi.

KUCHING: Nam Cheong Group, pembina Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) terbesar Malaysia, mencipta sejarah apabila melancarkan kapal Multi-Purpose Support Vessel (MPSV) pertama milik syarikat Malaysia dan Sarawak, dikenali sebagai SKG 520.

Kapal canggih itu diperkenalkan semasa Minggu Tenaga Antarabangsa (IEW) 2025 di Kuching, Sarawak, dan berjaya menarik perhatian pemimpin utama kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nam Cheong, Leong Seng Keat, kapal itu melambangkan komitmen syarikat terhadap kecemerlangan kejuruteraan dan perubahan dalam landskap tenaga global.

DATUK Dr. Hazland Abang Hipni melawat pameran Pelancaran SKG 520.

Pengasas Nam Cheong, Tan Sri Datuk Tiong Su Kouk pula menyifatkan SKG 520 sebagai lambang inovasi dan keupayaan Miri Dockyard serta tenaga kerja berkemahiran tinggi dari Sarawak.

“Kapal tersebut bukan sekadar pembinaan baharu, tetapi juga simbol solusi marin bersepadu yang sedia mendepani masa depan industri,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SKG 520 direka khas untuk memenuhi keperluan sektor minyak dan gas serta tenaga boleh diperbaharui, sekali gus menjadikannya aset serba guna dan masa depan industri tenaga.

RAKAMAN gambar kenangan bersama pihak yang terlibat dengan Pelancaran SKG 520.

Reka bentuknya membolehkan kapal tersebut disesuaikan dengan lima konfigurasi khusus iaitu pelantar penggerudian geoteknikal, pelancaran ROV dasar laut, sokongan selaman udara, peralatan tinjauan marin, dan jejambat ‘walk-to-work’.

Konsep SKG 520 dibangunkan berdasarkan kejayaan penukargunaan kapal SK Eonik, yang kini beroperasi di Jepun dalam projek selama dua tahun dengan lanjutan dua tahun lagi.

SKG 520 dijadualkan menjalani majlis penamaan rasmi pada Ogos depan sebagai tanda kesiapsiagaan untuk beroperasi.

Nam Cheong Group kini beroperasi melalui anak syarikat termasuk Nam Cheong Dockyard Sdn Bhd, SKOM Sdn Bhd, SKOSV Sdn Bhd, SK Marine Sdn Bhd, dan SK Hull Sdn Bhd.

SESI penerangan pameran Pelancaran SKG 520.

Dengan pengalaman lebih 60 tahun, syarikat ini komited menyediakan perkhidmatan pembinaan, penyewaan kapal, baik pulih dan eksplorasi dasar laut bertaraf global.

Sehingga kini, Nam Cheong telah menyerahkan lebih 140 kapal kepada pelanggan dari Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah, Amerika Syarikat, dan Afrika.

Pelancaran SKG 520 turut disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang melawat pameran secara peribadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, yang menyatakan sokongan terhadap visi strategik Nam Cheong sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah terima taklimat ringkas Program Reading Seeds oleh Pustaka Negeri Sarawak
Next: Isu sempadan Malaysia dan Indonesia diselesaikan secara rundingan dan undang-undang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.