Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ‘Nak tangkap ikan, tapi dapat sang bedal’
  • WILAYAH

‘Nak tangkap ikan, tapi dapat sang bedal’

Utusan Sarawak 2 years ago

TANGKAPAN BESAR… Seekor buaya sepanjang enam kaki dengan berat 60kg berjaya diikat kemas pihak APM dan SFC Limbang untuk diserah kepada SFC Miri.

LIMBANG: Seorang nelayan dari Kampung  Loagan Limbun Limbang panik dengan penemuan sang bedal ketika mengangkat pukatnya.  

“Saya turun ke sungai untuk melihat hasil pukat, tapi terlihat objek bergerak sebelum kepala buaya itu timbul di permukaan air.

“Saya segera naik dan memaklumkan kejadian ini kepada rakan-rakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bimbang kehadiran sang bedal itu, nelayan bertindak meminta bantuan rakan-rakan segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang untuk mendapatkan bantuan.

Sebaik menerima laporan daripada orang awam pada 9.28 pagi, anggota APM Daerah Limbang dengan bantuan Jabatan Hutan Sarawak (SFC) Limbang akhirnya berjaya menangkap seekor buaya yang tersangkut dalam pukat.

Menurut  Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri, buaya sepanjang enam kaki dan seberat 60 kilogram itu kemudian diserahkan kepada pihak SFC Miri untuk tindakan selanjutnya.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Tayangan amal filem ‘Rajah’ raikan 55 anak yatim
Next: Jalan empat lorong dua hala WPC04 LPB dibuka kepada pengguna jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.