
KUALA LUMPUR, 29 Julai -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disabitkan atas tujuh kesalahan berhubung penyalahgunaan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd semalam, selesai membayar wang jaminan tambahan RM1 juta di Mahkamah Tinggi hari ini. ?Semalam, Najib diperintahkan membayar ikat jamin tambahan RM1 juta selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.?Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 72 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. ?Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan hukuman penjara itu dilaksanakan serentak.?Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan kes CBT dan setiap kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta, atau penjara lima tahun dalam kes menyalahguna kedudukan?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA???KUALA LUMPUR, July 29 -- Former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, found guilty on seven charges of misappropriating RM42 million in SRC International Sdn Bhd fund, paid up the additional bail of RM1 million today ordered by the High Court. ?Yesterday, Najib was ordered to pay an additional bail of RM1 million after the court allowed the defense's application to suspend all sentences pending an appeal in the Court of Appeal.?The High Court yesterday sentenced Najib to a total of 72 years in jail and fined him RM210 million after finding him guilty on seven cases of criminal breach of trust (CBT), money laundering and abuse of position involving RM42 million in SRC International Sdn Bhd funds.?However, Najib wil

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disabitkan atas tujuh kesalahan berhubung penyalahgunaan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd selesai membayar wang jaminan tambahan RM1 juta yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Selasa lepas.
Najib, 67, yang hadir memakai baju kemeja biru tiba di mahkamah pada 1.00 petang bersama anaknya Norashman yang difahamkan penjamin kepada bapanya.
Ahli Parlimen Pekan itu kemudian dilihat keluar dari kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi dan beredar dari mahkamah pada 1.30 petang.
Semasa fotonya dirakam jurukamera, Najib sempat berseloroh dengan berkata ‘semalam dah banyak gambar dah’ sebelum berjalan ke arah lobi mahkamah.
Selasa lepas Najib diperintahkan membayar ikat jamin tambahan RM1 juta selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Beliau didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan yang dihadapi Najib.
Sebagai syarat tambahan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.
Beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan setiap tiga kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun dalam kes menyalahgunakan kedudukan.
Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Mohd Nazlan memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak. – Bernama