Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Naim Daniel mengaku tidak bersalah tuduhan amang seksual terhadap remaja
  • MAHKAMAH

Naim Daniel mengaku tidak bersalah tuduhan amang seksual terhadap remaja

Utusan Sarawak 1 day ago
PENYANYI Naim Daniel (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang gadis berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lalu. Naim Daniel, atau nama penuh Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary dalam prosiding tertutup. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Penyanyi Naim Daniel hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lepas. 

Naim Daniel, atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin M.Kunasundary dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, penyanyi itu didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bagi tujuan seksual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pukul 8.56 pagi, pada 19 Mei lepas, mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin manakala Naim Daniel diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi dan Datuk Amirul Ridzuan Hanif.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Naim Daniel diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan dengan syarat pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Ogos depan.

Pada 4 Jun lepas, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Cederakan wanita, pemuda didenda RM2,000
Next: Remaja sebabkan lima kematian dihantar ke sekolah Henry Gurney selama enam tahun, denda RM1,500

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.