Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong siap April ini
  • WILAYAH

Naik taraf Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong siap April ini

Utusan Sarawak 21 hours ago
WAKIL dari Pusat Khidmat Rakyat Betong telah menghadiri Majlis Penyerahan Tapak Projek Naik Taraf Surau Darul Taqwa, Kampung Baru Hulu Betong, semalam. Foto Dr Richard Rapu

BETONG: Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr. Richard Rapu berkata wakil dari Pusat Khidmat Rakyat Betong telah menghadiri Majlis Penyerahan Tapak Projek Naik Taraf Surau Darul Taqwa, Kampung Baru Hulu Betong, sebagai tanda permulaan rasmi pelaksanaan projek berkenaan.

Menurut beliau, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah mengadakan sesi perjumpaan serta penyerahan projek bersama pihak kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf surau tersebut.

Katanya, projek berkenaan dijadualkan dilaksanakan dalam tempoh 16 minggu dan disasarkan siap sepenuhnya pada bulan April tahun ini, selaras dengan perancangan yang telah ditetapkan.

“Adalah diharapkan agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual supaya kemudahan surau dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif,” katanya.

Beliau menjelaskan, antara skop kerja yang terlibat termasuk penukaran atap atau bumbung surau, pemasangan lampu dan siling baharu, serta pemasangan sistem pembesar suara yang lebih efisien dan berkualiti.

Tambahnya, kerja-kerja naik taraf ini penting bagi memastikan keselamatan, keselesaan serta fungsi surau sebagai pusat ibadah dan aktiviti kemasyarakatan terus terpelihara.

Usaha ini, katanya, membuktikan keprihatinan berterusan kerajaan dalam memperkasa kemudahan ibadah serta meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat, khususnya di kawasan Parlimen Betong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mohd Shafizan santuni penduduk terjejas, sampaikan sumbangan bakul makanan
Next: Hakisan tebing punca ban pecah di Kampung Manggut, JPS cadang bina tembok cerucuk kepingan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.