Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf Surau Darul Ihsan bukti keprihatinan kerajaan Sarawak
  • WILAYAH

Naik taraf Surau Darul Ihsan bukti keprihatinan kerajaan Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK KESELESAAN DAN KESELAMATAN JEMAAH… Safiee menyaksikan Majlis Serah Siap Projek naik taraf Surau Darul Ihsan di Kampung Badong, petang semalam.

DARO: Projek naik taraf Surau Darul Ihsan di Kampung Badong yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) N.43 Daro siap sepenuhnya dengan kos RM80,000, sekali gus meningkatkan keselesaan dan keselamatan jemaah setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, pelaksanaan projek RTP membuktikan keprihatinan kerajaan Sarawak dalam memastikan kemudahan asas termasuk rumah ibadat sentiasa berada dalam keadaan baik demi kesejahteraan rakyat luar bandar.

Menurutnya, surau bukan sahaja berperanan sebagai tempat menunaikan ibadah, malah menjadi pusat penyatuan komuniti melalui pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. 

LAWATAN… Safiee mengadakan lawatan kerja ke Projek naik taraf Surau Darul Ihsan di Kampung Badong, petang semalam.

“Sehubungan itu, saya berharap kemudahan yang lebih selesa dan selamat dapat menggalakkan lebih ramai penduduk memanfaatkan surau sebagai pusat pembangunan rohani dan sosial,” ujarnya.

Terdahulu, Safiee mengadakan lawatan kerja dan seterusnya menyaksikan Majlis Serah Siap projek berkenaan, petang semalam.

Projek naik taraf tersebut melibatkan pembinaan awning tambahan, kerja-kerja menyimen perkarangan surau serta pemasangan pagar jenis penghadang jalan bagi menambah baik kemudahan sedia ada.

Projek itu dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Daerah Daro selaku agensi pelaksana dan kini sedia dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung.

Turut hadir wakil Jurutera Daerah JKR Daro, Nur Faieza, Penghulu Jebli Ngok, Penghulu Bahiri Selakong, Ketua Kaum, Haslimi Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Surau Darul Ihsan Kampung Badong, Abang Shamsure Abang Wahap bersama penduduk setempat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK Kabo Hilir anjur Piala YB Friday Belik, tawar hadiah RM4,000 kepada juara
Next: 25,000 pengunjung disasar hadiri Lan Berambeh Sungkei 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.