Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf Sungai Merah Heritage Walk sokong pembangunan, peningkatan aktiviti
  • Tengah
  • WILAYAH

Naik taraf Sungai Merah Heritage Walk sokong pembangunan, peningkatan aktiviti

Utusan Sarawak 2 months ago
MICHAEL Tiang Ming Tee ketika melawat gerai-gerai yang dibuka pada Festival Sungai Merah di Sungai Merah Heritage Walk, malam tadi.

SIBU: Pelbagai rancangan sedang dijalankan untuk menaik taraf Sungai Merah Heritage Walk bagi menyokong pembangunan dan peningkatan aktiviti serta program di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata usaha tersebut penting menghidupkan semula kawasan tersebut.

“Inilah Sungai Seduan, juga dikenali sebagai Sungai Merah. Sebenarnya, sungai ini sangat indah. Di Sibu, tiada tempat lain yang dapat menandingi warisan ini.

“Saya masih mengkaji bagaimana saya boleh mengubah tempat ini menjadi sesuatu yang lebih menarik supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung,” katanya kepada pemberita pada Festival Sungai Merah di Sungai Merah Heritage Walk, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu juga mendapati beberapa isu infrastruktur yang perlu dinaik taraf bagi memastikan tempat itu dapat digunakan untuk lebih banyak program pada masa akan datang.

“Ya, kita masih memerlukan beberapa kerja naik taraf infrastruktur dan pembaikan bagi memastikan keselamatan pengunjung ketika menggunakan tempat ini.

“Ini penting untuk para usahawan yang menjalankan perniagaan di sini, memastikan mereka mempunyai persekitaran yang selamat,” kata beliau.

Michael percaya Sungai Merah Heritage Walk mempunyai potensi yang besar menjadi sebagai salah satu destinasi paling menarik di Sibu.

“Saya mengalu-alukan cadangan orang ramai untuk penambahbaikan kawasan ini. Dengan penambahbaikan yang betul, tempat ini boleh menjadi salah satu destinasi paling menarik di Sibu.

“Pada masa akan datang, apabila orang memikirkan tempat makan atau meneroka Sibu, Sungai Merah Heritage Walk pasti akan menjadi pilihan utama mereka,” katanya.

Sementara itu, menurut pengerusi penganjur, Willie Ling, festival tersebut dari 27 Mac hingga 2 April.

“Setakat ini, kami telah menarik lebih daripada 5,000 pengunjung setiap malam,” kata beliau.

Lebih 60 gerai dibuka pada program itu, gerai-gerai tersebut bukan sahaja dikendalikan oleh peniaga dari Sibu, malah dari Miri dan Kuching.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan SMK Dudong catat kemajuan dahului jadual asal
Next: Keindahan semula jadi Pantai Belawai jadi tarikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.