Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf sistem saliran Taman Tiara bernilai RM6.7 juta atasi isu banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Naik taraf sistem saliran Taman Tiara bernilai RM6.7 juta atasi isu banjir

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa Majlis Penyerahan Tapak Projek Rakyat: Naik Taraf Sistem Saliran di Taman Tiara, Sri Aman semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Kerajaan Sarawak meneruskan agenda pembangunan rakyat menerusi projek menaik taraf Sistem Saliran di Taman Tiara, Sri Aman dengan kos RM6.7 juta bagi menangani masalah banjir yang sering melanda kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, projek itu dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Menurut beliau, pelaksanaan projek berkenaan membuktikan komitmen berterusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menyediakan kemudahan infrastruktur yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tapak Projek Rakyat: Naik Taraf Sistem Saliran di Taman Tiara, Sri Aman semalam.

Dalam majlis sama, taklimat ringkas mengenai projek tersebut telah disampaikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman menerusi wakilnya, Alsyarossi Safiee.

100 orang yang menghadiri Majlis Penyerahan Tapak Projek Rakyat: Naik Taraf Sistem Saliran di Taman Tiara, Sri Aman semalam. Foto: ADUN Simanggang

Taklimat itu dihadiri kira-kira 100 orang terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), ahli Majlis Daerah Sri Aman serta ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setempat.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, kontraktor projek dipilih menerusi tender terbuka dan dianugerahkan kepada DePolaris Sdn Bhd.

Beliau menegaskan KMKK dan ahli majlis memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan maklumat pembangunan semasa.

Katanya, semua pihak perlu bersama-sama menyebarluaskan informasi berkaitan program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Sarawak demi kesejahteraan rakyat.

Harden turut mengajak masyarakat terus menyokong usaha pembangunan di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta wakil rakyat GPS.

Beliau pada masa sama mengingatkan pihak kontraktor supaya memberi komitmen penuh dan memastikan projek berkenaan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan demi keselesaan penduduk Taman Tiara.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibu bapa digesa kawal penggunaan gajet anak-anak pastikan teknologi berkesan
Next: Tadika Perpaduan Kampung Pulau Melayu dinaik taraf, lebih selesa dan selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.