Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf Pejabat Daerah Saratok dilaksana di bawah RTP DUN Kalaka
  • WILAYAH

Naik taraf Pejabat Daerah Saratok dilaksana di bawah RTP DUN Kalaka

Utusan Sarawak 2 days ago
GAPOR Ahmad telah mewakili ADUN Kalaka, Mohamad Duri pada majlis penyerahan tapak projek yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Pejabat Daerah Saratok bakal dinaik taraf bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam kepada penduduk setempat melalui peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata projek berkenaan menumpukan kepada kerja-kerja naik taraf blok bangunan dan bilik mesyuarat Pejabat Daerah Saratok.

“Projek ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk memperkukuh infrastruktur pentadbiran di kawasan luar bandar, sekali gus memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat berjalan lebih lancar dan selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad telah mewakili ADUN Kalaka pada majlis penyerahan tapak projek yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok semalam.

GAPOR Ahmad telah mewakili ADUN Kalaka, Mohamad Duri pada majlis penyerahan tapak projek yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Projek tersebut akan dilaksanakan oleh Syarikat Abadi Enterprise, yang telah dipilih melalui proses cabutan undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

Turut hadir semasa majlis penyerahan tapak ialah Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Ramsay Selat mewakili Pejabat Residen Bahagian Betong serta wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok selaku agensi pelaksana projek.

Mohamad Duri menegaskan, pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kemudahan awam di kawasan luar bandar terus dipertingkat selaras dengan agenda pembangunan Sarawak Maju Makmur.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program vaksinasi anti rabies percuma di UTS Sibu pada 25 Oktober
Next: APM bantu bersih pokok tumbang di jalan utama ke Kem Temala Long Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.