Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf parkir RM1 juta tingkat kemudahan pelancongan Pantai Tanjung Kembang
  • Tengah
  • WILAYAH

Naik taraf parkir RM1 juta tingkat kemudahan pelancongan Pantai Tanjung Kembang

Utusan Sarawak 5 hours ago
 SATU sesi lawatan tapak dan sesi libat urus projek naik taraf parkir di Pantai Tanjung Kembang Kabong yang telah diadakan hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Projek menaik taraf kawasan parkir di Pantai Tanjung Kembang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta dijangka meningkatkan keselesaan, keselamatan dan kelancaran trafik di destinasi pelancongan popular itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata projek berimpak tinggi ini penting untuk menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat ke Pantai Tanjung Kembang, sekali gus memperkukuh pembangunan pelancongan dan ekonomi setempat.

Beliau berkata demikian semasa Lawatan Tapak dan Sesi Libat Urus Projek Naik Taraf Parkir di Pantai Tanjung Kembang Kabong yang diadakan hari ini.

Sesi berkenaan yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Saratok merupakan langkah awal sebelum pelaksanaan projek yang telah diluluskan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Perbincangan sesi libat urus tertumpu kepada penetapan tapak, sempadan kawasan kerja, keperluan teknikal dan penyelarasan antara agensi bagi memastikan projek dapat dimulakan mengikut jadual.

Beberapa cadangan penambahbaikan turut dikemukakan bagi memastikan reka bentuk parkir yang bakal dibangunkan memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.

Projek ini diharapkan dapat menyediakan kemudahan parkir yang lebih tersusun, selamat dan sistematik, sekali gus menyokong peningkatan jumlah pengunjung, melancarkan aliran trafik serta memberi manfaat kepada masyarakat dan sektor pelancongan Kabong.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Daerah Saratok yang juga Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid; wakil ADUN Kabong, Nur Elffi Amir; Setiausaha Majlis Daerah Saratok, Mccrea Joseph Pererra serta tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Projek seni terus perkasa kreativiti belia luar bandar
Next: Masyarakat pelbagai bangsa dan agama di Sarawak terus kukuh amalan segulai sejalai 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.