Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf parit Rumah Plunga Atas Roban hadiah bermakna menjelang Gawai Dayak
  • Tengah
  • WILAYAH

Naik taraf parit Rumah Plunga Atas Roban hadiah bermakna menjelang Gawai Dayak

Utusan Sarawak 4 hours ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka hadir pada majlis simbolik penyerahan tapak projek RTP di Rumah Terence Plunga Atas, semalam. Foto ADUN Kalaka

​SARATOK: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah penduduk Rumah Panjang Plunga Atas Roban apabila impian mereka untuk memiliki sistem infrastruktur yang lebih sempurna akhirnya menjadi kenyataan menjelang sambutan perayaan Hari Gawai Dayak 2026 tidak lama lagi.

​Tuai Rumah Terence Sumping Cedric Kadak, selaku wakil penduduk di rumah panjang berkenaan, menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas keprihatinan pihak kerajaan, khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, yang sentiasa mendengar keluh-kesah rakyat.​

Menurut beliau, penyerahan tapak projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di rumah panjang tersebut disifatkan sebagai satu hadiah yang amat bermakna dan paling dinanti-nantikan oleh seluruh komuniti di situ.​

“Saya bagi pihak penduduk kampung ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ADUN Kalaka kerana telah membantu menaik taraf sistem perparitan di rumah panjang ini yang amat kami perlukan sejak sekian lama,” katanya.​

Beliau menjelaskan bahawa parit di kawasan rumah panjang itu sudah lama mengalami masalah struktur dan sering terjejas akibat kejadian tanah susur, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan struktur kediaman mereka.

​Bagaimanapun, tindakan pantas dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh wakil rakyat berkenaan akhirnya berjaya menyelesaikan masalah yang menghantui penduduk di Plunga Atas Roban itu secara komprehensif.​

Tambahnya lagi, sumbangan ADUN Kalaka tidak hanya terhad kepada pembinaan parit baharu, malah beliau turut prihatin terhadap aspek keselamatan dan keperluan asas domestik penduduk di kawasan pedalaman tersebut.​

“Bukan itu sahaja, beliau (ADUN Kalaka) sebelum ini juga telah membantu penduduk rumah panjang ini dengan menyalurkan bantuan bagi melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik di rumah ini,” ujar Tuai Rumah Terence penuh penghargaan.​

TUAI Rumah Terence Sumping Cedric Kadak. Foto ADUN Kalaka

Sementara itu, majlis simbolik penyerahan tapak projek RTP berkenaan telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh muhibah di Rumah Terence Plunga Atas, semalam.​

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang hadir sebagai wakil kepada ADUN Kalaka.

​Turut serta dalam majlis dan sesi lawatan tapak tersebut ialah rombongan pegawai teknikal daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong yang bertindak selaku agensi pelaksana bagi projek infrastruktur berkenaan.​

Dalam perkembangan sama, ADUN Kalaka, Mohamad Duri, turut menzahirkan rasa syukur kerana selepas melalui beberapa fasa proses dokumentasi dan penilaian teknikal, projek yang menjadi keperluan mendesak penduduk itu dapat dilaksanakan pada tahun ini.

​Beliau menegaskan bahawa permohonan untuk menaik taraf sistem perparitan tersebut terdahulu telah disuarakan sendiri oleh Tuai Rumah Terence kepadanya, lalu segera diambil tindakan melalui kelulusan peruntukan RTP demi kesejahteraan komuniti luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: ​Remaja tingkatan lima hamil 35 minggu selepas berkenalan dengan lelaki di Facebook
Next: RM290,000 disalur jayakan ibadah korban di DUN Kabong tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.