Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Naik taraf Loji Rawatan Air Lubau capai 45 peratus siap, dahului jadual
  • TEMPATAN

Naik taraf Loji Rawatan Air Lubau capai 45 peratus siap, dahului jadual

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEKITAR tapak loji rawatan air yang kini 45 peratus bakal siap bakal mendahului jadual. Foto Facebook Julaihi Narawi

BETONG: Kerja naik taraf Loji Rawatan Air Lubau yang meningkatkan kapasiti rawatan daripada 30 juta liter sehari (MLD) kepada 60 MLD kini mencapai 45 peratus siap, sekali gus mendahului jadual asal sebanyak lima peratus.

Perkembangan itu dimaklumkan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi menerusi hantaran di media sosial selepas meninjau tapak projek berkenaan, hari ini.

Menurut beliau, lawatan kerja itu diadakan sejurus selesai majlis perasmian Jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau, bersama rombongan kementerian serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar(JBALB).

Katanya, apabila siap kelak, loji rawatan air Lubau akan menjadi antara loji utama yang membekalkan air terawat di Bahagian Betong.

Selain Lubau, projek naik taraf loji rawatan air Kaki Wong di Saratok turut dilaksanakan dengan peningkatan kapasiti daripada 30 MLD kepada 60 MLD, manakala loji rawatan air Licuk di Saratok kini berkapasiti 25 MLD.

Julaihi berkata, dua lagi projek bekalan air yang sedang dilaksanakan ialah pemasangan grid paip dari simpang Betong ke kawasan sekitar Saratok serta dari simpang Betong ke kawasan sekitar Pusa.

Menurutnya, keseluruhan projek yang dibiayai kerajaan Sarawak itu akan membentuk sistem grid air di bahagian Betong apabila siap sepenuhnya, sekali gus memperkukuh dan menstabilkan bekalan air di kawasan berkenaan.

Oleh Afiq Sallehi

Continue Reading

Previous: Roy Gingkoi gesa pembangunan luar bandar lebih menyeluruh, bukan sekadar bina jalan
Next: Sarawak Metro hantar pasukan jalani latihan industri di Changsha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.